MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Monday, July 16, 2012

Cara2 menyimpan susu badan..

Assalamualaikum WBT...

Hari ni saja nak kongsikan tips macam mana nak simpan susu badan dengan betul... Maybe dah ramai yang buat entry pasal breast feeding ni tapi tak salah rasanya Cik Sue pun nak share... Sharing is caring kan??

Sebenarnya sebelum ni pun Cik Sue tak tahu macam mana cara yang betul untuk simpan susu perahan.. So adalah tanya2 kat member, ada yang kata 2 jam pastu ada yang kata 4 jam jer pastu dah tak boleh nak bagi baby dah... So lastly bila dah google terjumpa info yang menarik untuk di share dan di jadikan panduan dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang bagus siap disediakan jadual untuk latihan bagi ibu yang bekerja...jom kita praktikkan...mesti Baby Ammar tambah bam..bam..lagi lepas ni..

ada macam muka mama dia tak?? =))

Cara penyimpanan susu ibu yang telah diperah
Disimpan dalam bekas yang bertutup dan bersih.

-  Suhu bilik 4-8 jam

- Peti sejuk 72 jam

- Sejuk beku 1-3 bulan

- Sejuk beku -20° C 1 tahun



Cara penyediaan susu perahan

- Biarkan susu kembali ke suhu bilik

- Sediakan susu di dalam bekas mengikut keperluan bayi sahaja

- Rendam bekas yang berisi susu dalam air panas sehingga susu menjadi suam

- Susu yang telah disuamkan tidak boleh disimpan semula.

- Beri bayi susu dengan botol, cawan atau sudu



Cara memerah dengan tangan

- Pastikan tangan dan bekas tadahan susu bersih

- Letak ibu jari di atas aerola dan jari yang bertentangan di bahagian bawah aerola.

- Tekan ke belakang keluar ke arah dada

- Tekan/picit ibu jari dan jejari lain serentak sehingga susu mengalir keluar

- Ulangi proses ini beberapa kali dan lakukan pada keseluruhan aerola untuk mengeluarkan kesemua susu.  

Jadual latihan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja.


- Mulakan perahan susu ibu 2 minggu sebelum bekerja


Hari dan mula program
Hari 1 – 3
Hari 4 – 6
Hari 7 – 9
Hari 10 – 13
7.30-9.00 pagi
  Susu perahan
Susu perahan
Susu perahan
Susu perahan
10.00-11.30 pagi
Susu badan
Susu perahan
Susu perahan
Susu perahan
12.30-1.30 t/hari
Susu badan
Susu badan
Susu perahan
Susu perahan
3.30-4.00 ptg
Susu badan
Susu badan
Susu badan
Susu perahan








No comments: