MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Tuesday, December 6, 2011

lepas hajat...tapi...

Assalamualaikum WBT...

Semalam tetiba teringin sangat nak makan satay maka terpaksa Cik Sue lah ajak husband untuk keluar lepas dia balik kerja walaupun sebenarnya kesian sebab dia penat...namun kerana hajat tekak ni yang dah lama teringin sangat nak makan satay macam dah 10 tahun tak makan, maka dalam kepenatan pun husband tetap penuhi permintaan isteri..he3...mekasih yer suamiku... =))


So, lokasi pilihan Taman Tenaga kat area Bandar Tun Razak..ok gak lah tempat tu banyak pilihan gerai2 satay.. jadi bolehlah pilih gerai yag mana satu berkenan dihati...satay pun boleh tahan kiranya memenuhi gaklah citara tekak Cik Sue..harga pun oklah RM0.70sen untuk setiap cucuk satay...alhamdulillah lepas dah hajat tekak ni nak makan satay... =)

sedapnyaaaaa......
Cuma....ada lagi yang Cik Sue teringin tapi belum dapat nak merasa...susah nak cari dan kat area KL ni tak tahu nak cari kat mana...Cik Sue teringin sangat nak makan ketupat palas...uishhh..sedapnya kan kalau dapat cicah dengan serunding...wahhh...sedap..sedap..sedap...Sebenarnya MIL Cik Sue dah sanggup nak buatkan tapi tadi masa nak isi form cuti untuk balik kampung Sabtu sampai Isnin minggu depan, dah boss pulak kata takleh cuti sebab dah ada staff lain dah apply dulu...alamak...sedihnya...camner ni???ermmm....ikut hati ni nak balik jugak..nilah yang tengah dalam dilema sama ada nak balik atau tak...kalau korang jadi Cik Sue apa keputusan korang???

No comments: