MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Friday, July 15, 2011

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Assalamualaikum WBT...

gambar pinjam SINI
saje nak kongsi info nih sebab terlalu ramai yg meragui pemakaian inai bercorak atau henna nih...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:  

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.  

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan. 

*sumber SINI , jadi harapnya selepas nih tak timbul keraguan lagi....

8 comments:

ZWAN SABRI said...

owh.. kiranya pengantin lelaki still boleh pakai inai la kann.. sbb ada ura2 yang kata pengantin lelaki x boleh pakai inai.. HUHU

MySuaraBlog: Blog Pilihan : Edy Fee

Katie Jamaludin said...

yeay.. tahun depan time kawen boleh la pakai inai yg bercorak2.. hehee,,, :D

naz said...

ok tak sabaar nak tengok bakal isteri berinai haha

miszatie said...

btol eh diharuskan..saya penah dgr lelaki sunat 3 jari dr jari kelinking smpi jr hantu..

Cik Sue said...

zwan: boleh...he3..=D

Cik Sue said...

katie: yeayyyy..cik sue pun sama... =D

Cik Sue said...

naz: ha3.... =))

Cik Sue said...

miszatie: errr...cik sue tak pernah lak dgr camtu..