MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Friday, July 22, 2011

dah makin kurang kualiti....

Assalamualaikum WBT...

sekarang ni boleh dikatakan saban hari kita semua disajikan dengan berita2 yang agak mengemparkan...dan kebanyakkan berita tersebut melibatkan orang2 yang kadang2 kita tak pasti apa salahnya sampai dia diperlakukan sebegitu....contohnya pagi ni jer dua berita yang boleh dikategorikan sebagai berita yang agak mengemparkan dan membuatkan kadang2 Cik Sue terfikir apakah tahap kualiti rakyat negara kita ni dah makin berkurangan sehingga mereka sanggup bertindak sebegini...

Kes 1

LAHAD DATU: Berang kerana isteri yang ‘bersembunyi’ dua hari di rumah bapanya tidak mahu pulang, seorang lelaki mengelar pinggang dan menikam dada bapa mentuanya sehingga mati selepas mangsa menghalang suspek bertemu isterinya. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Cenderawasih di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin. Sebelum kejadian, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah Sius Gradius, 39, bagi menjemput isterinya yang sudah dua hari meninggalkan rumah selepas berlaku perselisihan faham antara mereka. Bagaimanapun, dia dihalang bapa mentuanya menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga suspek mengambil pisau yang disembunyikan di belakang seluar dan menikam dada mangsa. Suspek yang seolah-olah ‘naik hantu’ turut mengelar pinggang bapa mentuanya yang menggelupur kesakitan sebelum melarikan diri.

Kes 2 

Lelaki dipercayai jiran simbah cecair ketika balik mengaji

MARAN: Dua beradik yang dalam perjalanan pulang daripada mengaji al-Quran parah dipercayai disimbah cuka getah dan terpaksa di bawa ke hospital dalam keadaan ‘berasap’, di FELDA Kesumba Jengka 9, dekat sini, malam kelmarin. Shafiq Aiman Mat Safar Zaidi, 10, cedera teruk di muka dan mata manakala abangnya Shafiq Haikal, 13, cedera di badan dan muka sebelah kiri. Mereka dikejarkan ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan, Ahmad Johari Shahabudin, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika mereka yang menunggang basikal dalam perjalanan ke rumah rakan mereka untuk belajar. “Tiba-tiba seorang lelaki dipercayai jiran mangsa yang tinggal di Blok 8 menyimbah asid ke arah kedua-dua beradik berkenaan.
Seorang lagi jirannya, Siti Rohaisha Hanafi, 28, berkata melihatkan kejadian itu, dia segera membawa kedua-dua beradik itu ke Hospital Jengka dalam keadaan ‘berasap’ akibat terkena cuka getah itu. Katanya, ketika kejadian, kebanyakan lelaki dewasa tiada di rumah kerana mengerjakan solat di masjid.

dimana letak kewarasan akal dan fikiran mereka ni??? bila syaitan menguasai diri inilah jadinya...nauzubillah

No comments: