MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Friday, July 8, 2011

BERSIH...memang bersih betul!!!!

Assalamualaikum WBT....


hari ni ramai betul yang buat n3 pasal BERSIH 2.0 nih kan??rugi lak rasanya kalau Cik Sue pun tak join sama buat n3 pasal BERSIH 2.0 nih...bukannya apa gara2 BERSIH 2.0 nih memang habis lah 1 KL BERSIH untuk keesokkan hari...kenapa??yelah kalau dah majoriti jalan2 utama di KL ni ditutup dan kebanyakkan jalan2 lain diadakan roadblock dah pastilah warga KL mengambil langkah terbaik iaitu duduk jer kat rumah tak yah pergi mana2..nak keluar pun jalan utama ke KL dah tutup, roadblock pulak merata2 jadi untuk elakkan dari terperangkap dalam kesesakkan lalulintas apa yang terbaik duduk rumah jelah kan...so esok KL memang BERSIH dari segala jenis kenderaan la jawabnya...

Beberapa Jalan Utama Ditutup Esok ( 9 Julai 2011 )

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:- 

i) Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta; 
ii) Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL - Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.

Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur, Hentian terakhir adalah seperti berikut: 

i) Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta; 
ii) Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;<
iii) Stesen LRT Maluri KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv) Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar - Jalan Travers - Jalan Tun Sambanthan;
v) Stesen Monorel KL Sentral - Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .

Jalan-jalan utama seperti dinyatakan dibawah akan tutup bermula jam 12:00 a.m ( 9 Julai 2011 ) , dan dibuka semula jam 10:00 p.m ( 9 Julai 2011 ) 

- Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Belaamy dan kawasan sekitar Istana Negara 

- Jalan Sultan Hishammudin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara 

- Jalan-jalan utama sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek , City Hall, Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, 

-Jalan Kuching , Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang berdekatan.


hurmmm...dan paling best gara2 BERSIH 2.0 nih maka my big boss telah mengisytiharkan cuti untuk kami...he3..yelah dah lah office Cik Sue kat Jalan Raja Chulan, memula tu tadi dah pening gak lah fikir camner nak pergi kerja besok...boss dah siap nasihatkan supaya pakai t shirt company, ini bertujuaan supaya kalau2 lah Cik sue di tahan pihak polis sewaktu dalam perjalanan nak ke office tunjuk jer lah t shirt company tu dan bagitahu nak pergi kerja...boss pun dah siap bekalkan kami 1 office dengan name card dia..katanya kalau ada siapa2 kena tahan suruh jer polis call my boss sendiri...tragik jer kan??

tapi at last setelah dikaji,diselidik beserta memikirkan faktor keselamatan kami maka my boss pun mengisytiharkan besok cuti...yeeeehaaa!!!tu yang best tu...he3..BERSIH punya pasal dapat gak Cik Sue cuti 2 hari berturut2..jadi memang BERSIH lah office Cik Sue esok sebab tak sorang pun yang kerja million thanks to my boss yang sangat prihatin terhadap keselamatan kami para pekerja nya....

jadi esok apa lagi jom lah kita pakat ramai2 duduk kat rumah BERSIH kan apa yang patut...lagi berfaedahkan   boleh gak luangkan lebih banyak masa kat rumah kan???

** ermmm...Cik Sue terfikir dah nak BERSIH kan segala hutang tidur yang tertunggak ni esok..ha3..BERSIH gak kan??? =))

2 comments:

faiz said...

yg penting hati bersih kan..

naz said...

hahaha bersih kepala otak cik sue kan