MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Monday, July 25, 2011

Dalam Kenangan...

Assalamualaikum WBT...

 
nama saya Boboy...kucing kesayangan keluarga arwah En Saari & Pn Faziah....
hujung minggu baru ni Cik Sue berkesempatan balik kampung...jadi dapatlah jenguk rumah pusaka tinggalan arwah abah & mak sambil2 tu dapat la merasa buah durian hasil dari dusun kecik kat kawasan rumah pusaka tu...tahun ni nampaknya hasil sangat memberangsangkan...memang puas lah kami adik beradik mengutip hasil dari dusun kecik milik keluarga kami tu...memang sangat seronok bila dapat kutip buah2 durian yang baru jatuh dari pokok, lepas tu terus kupas dan makan...emmm terasa nikmatnya berbeza bila mkan buah durian yang beli kat pasar dengan buah durian yang segar ni...

selalu Cik Sue adik beradik akan balik ke rumah pusaka ni dalam 2,3 bulan sekali...sambil jenguk2 keadaan rumah pusaka tu sambil jugalah jenguk kucing kesayangan keluarga kami ni...selalu bila Cik Sue dan adik beradik lain balik pasti Boboy akan sambut kepulangan kami tapi kali ni takde...Cik Sue pun hairan, dalam hati ada gak tertanya2 mana pergi si Boboy ni...selalu kalau ada sesiapa balik pasti dia yang sambut....sedang kami kemas2 rumah my sis terjumpa sesuatu kat bawah katil kat bilik atas rupanya si Boboy memilih utuk menghabiskan sisa akhir hidupnya kat rumah pusaka ni juga...sangat sedih dan tersayat hati melihatnya...kini Boboy dah menjadi tanah syurga....namun Boboy tetap mekar diingatan kami sekeluarga... ="((

Saturday, July 23, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER KREATIF..AKU UMPAMA !

Assalamualaikum WBT....

klik banner untuk join...




danbo make a friends by deviantart

kenapa Cik Sue pilih gambar ni?Cik Sue umpamakan diri Cik Sue sebagai danbo yang suka berkawan dan suka mencari kawan2 baru..melalui blog ni Cik Sue dapat mengenali ramai kawan2 yang baik...melalui blog ni juga Cik Sue dapat berkongsi ilmu pengetahuan bersama blogger2 yang lain...melalui komen kawan2 yang datang ke blog Cik Sue jugalah yang menjadikan Cik Sue lebih bersemangat untuk terus berblog dan untuk terus menulis n3 yang menarik...jadi pada Cik Sue kawan blogger sangat bermakna dan penting buat Cik Sue..tanpa mereka tak mungkin blog Cik Sue akan dikenali...mungkin tak cukup kreatif gambaran ni tapi cukup bermakna buat Cik Sue... =D



Friday, July 22, 2011

dulu & sekarang...

Assalamualaikum WBT...

dulu kat sini....


sekarang dah tukar ke sini....


**psttt...nak tukar domain???boleh la cari Cik Sue...terbaekkkkkk... =D

dah makin kurang kualiti....

Assalamualaikum WBT...

sekarang ni boleh dikatakan saban hari kita semua disajikan dengan berita2 yang agak mengemparkan...dan kebanyakkan berita tersebut melibatkan orang2 yang kadang2 kita tak pasti apa salahnya sampai dia diperlakukan sebegitu....contohnya pagi ni jer dua berita yang boleh dikategorikan sebagai berita yang agak mengemparkan dan membuatkan kadang2 Cik Sue terfikir apakah tahap kualiti rakyat negara kita ni dah makin berkurangan sehingga mereka sanggup bertindak sebegini...

Kes 1

LAHAD DATU: Berang kerana isteri yang ‘bersembunyi’ dua hari di rumah bapanya tidak mahu pulang, seorang lelaki mengelar pinggang dan menikam dada bapa mentuanya sehingga mati selepas mangsa menghalang suspek bertemu isterinya. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Cenderawasih di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin. Sebelum kejadian, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah Sius Gradius, 39, bagi menjemput isterinya yang sudah dua hari meninggalkan rumah selepas berlaku perselisihan faham antara mereka. Bagaimanapun, dia dihalang bapa mentuanya menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga suspek mengambil pisau yang disembunyikan di belakang seluar dan menikam dada mangsa. Suspek yang seolah-olah ‘naik hantu’ turut mengelar pinggang bapa mentuanya yang menggelupur kesakitan sebelum melarikan diri.

Kes 2 

Lelaki dipercayai jiran simbah cecair ketika balik mengaji

MARAN: Dua beradik yang dalam perjalanan pulang daripada mengaji al-Quran parah dipercayai disimbah cuka getah dan terpaksa di bawa ke hospital dalam keadaan ‘berasap’, di FELDA Kesumba Jengka 9, dekat sini, malam kelmarin. Shafiq Aiman Mat Safar Zaidi, 10, cedera teruk di muka dan mata manakala abangnya Shafiq Haikal, 13, cedera di badan dan muka sebelah kiri. Mereka dikejarkan ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan, Ahmad Johari Shahabudin, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika mereka yang menunggang basikal dalam perjalanan ke rumah rakan mereka untuk belajar. “Tiba-tiba seorang lelaki dipercayai jiran mangsa yang tinggal di Blok 8 menyimbah asid ke arah kedua-dua beradik berkenaan.
Seorang lagi jirannya, Siti Rohaisha Hanafi, 28, berkata melihatkan kejadian itu, dia segera membawa kedua-dua beradik itu ke Hospital Jengka dalam keadaan ‘berasap’ akibat terkena cuka getah itu. Katanya, ketika kejadian, kebanyakan lelaki dewasa tiada di rumah kerana mengerjakan solat di masjid.

dimana letak kewarasan akal dan fikiran mereka ni??? bila syaitan menguasai diri inilah jadinya...nauzubillah

Thursday, July 21, 2011

tukar nama gara2 Ben Ashaari...

Assalamualaikum WBT....

ni semua gara2 En Ben maka tak semena2 Cik Sue dah tukar URL blog Cik Sue ni dah tukar dari http://miowmanja.blogspot.com kepada http://ciksuesaari.blogspot.com pasal apa tukar??pasal nak tempah tshirt Kelab Blogger Ben Ashaari tulah...he3..kalau letak URL yang lama tu macam tak best jer jadi Cik Sue pun decide untuk tukar URL blog kepada nama Cik Sue sendiri...so bila dah dapat tsirt tu nak pakai pun baru rasa bast...he3....korang dah order tak???cepat2 order sebelum terlambat cantik wooo tshirt tu...Cik Sue tempah 2 helai lagi...nak pakai boria dengan En Tunang... =))

errr..attention to my sis Mas Saari saya dah pinjam alamat rumah awak sebagai alamat untuk pos tshirt tu yer..
sebab saya ni bakal nak berpindah rumah jadi takut nanti alamat tak valid lak....sila jangan kenakan additional charge kepada adik kesayangan mu ini yer my lovely sis.... =)) jom tengok design tshirt tu dan cara2 nak buat tempahan...

contoh baju siap , klik SINI
BAJU BEN 1 Logo tu Merah Putih seperti logo asal ..
BAJU BEN 2

Jika berminat , sila lengkapkan pesanan anda mengikut dan email ;
HARGA : RM25 sehelai
KUANTIITI :
WARNA : Putih , Hitam , Biru , Hijau , Purple , Merah , Oren , Pink , Biru dan Hijau Cair
Jenis : Lengan pendek atau lengan panjang
Kos penghantaran : RM3
Untuk tempahan sila emelkan butiran berikut:
1. Design 1 atau 2
2. url blog
3. alamat untuk post baju
4. no telefon (untuk pengesahan tempahan dan urusan pembayaran)
5. size ( xs -xxl )

email : angah7736@gmail.com

gaya model abad ini...
model bertauliah..he3

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum WBT...


grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..!!!!@#$$%$^^&***

Friday, July 15, 2011

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Assalamualaikum WBT...

gambar pinjam SINI
saje nak kongsi info nih sebab terlalu ramai yg meragui pemakaian inai bercorak atau henna nih...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:  

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.  

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan. 

*sumber SINI , jadi harapnya selepas nih tak timbul keraguan lagi....

Tuesday, July 12, 2011

Beraturlah!!saya pun nak pergi kerja jugak....

Assalamualaikum WBT...



sejak Cik Sue dah bertukar kerja di KL nih jadi boleh dikatakan setiap hari
Cik Sue akan mengunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja...apa yang kadang2 amat mengecewakan adalah sikap segelintir pengguna pengangkutan awam ni terutama monorail ialah tak reti nak beratur dan bersabar masa nak naik monorail tu...

ye, semua orang kejar masa nak ke tempat kerja dan tak nak lewat tapi kita kenalah ber"ADAB" sikit ketika menggunakan pengangkutan awam nih...kalau rasa nak selesa dan pentingkan diri sendiri baik naik private transport kan??jadi tak payah lah korang nak berebut2 atau berasak2 dan yang paling best tolak-menolak orang lain untuk kepentingan diri korang sendiri...

so pada mereka2 yang menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja tu sama2 lah kita tanamkan sikit sifat prihatin dalam diri...jangan "SELFISH" sangat yer...orang lain pun nak pergi kerja jugak....

Friday, July 8, 2011

BERSIH...memang bersih betul!!!!

Assalamualaikum WBT....


hari ni ramai betul yang buat n3 pasal BERSIH 2.0 nih kan??rugi lak rasanya kalau Cik Sue pun tak join sama buat n3 pasal BERSIH 2.0 nih...bukannya apa gara2 BERSIH 2.0 nih memang habis lah 1 KL BERSIH untuk keesokkan hari...kenapa??yelah kalau dah majoriti jalan2 utama di KL ni ditutup dan kebanyakkan jalan2 lain diadakan roadblock dah pastilah warga KL mengambil langkah terbaik iaitu duduk jer kat rumah tak yah pergi mana2..nak keluar pun jalan utama ke KL dah tutup, roadblock pulak merata2 jadi untuk elakkan dari terperangkap dalam kesesakkan lalulintas apa yang terbaik duduk rumah jelah kan...so esok KL memang BERSIH dari segala jenis kenderaan la jawabnya...

Beberapa Jalan Utama Ditutup Esok ( 9 Julai 2011 )

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:- 

i) Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta; 
ii) Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL - Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.

Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur, Hentian terakhir adalah seperti berikut: 

i) Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta; 
ii) Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;<
iii) Stesen LRT Maluri KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv) Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar - Jalan Travers - Jalan Tun Sambanthan;
v) Stesen Monorel KL Sentral - Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .

Jalan-jalan utama seperti dinyatakan dibawah akan tutup bermula jam 12:00 a.m ( 9 Julai 2011 ) , dan dibuka semula jam 10:00 p.m ( 9 Julai 2011 ) 

- Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Belaamy dan kawasan sekitar Istana Negara 

- Jalan Sultan Hishammudin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara 

- Jalan-jalan utama sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek , City Hall, Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, 

-Jalan Kuching , Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang berdekatan.


hurmmm...dan paling best gara2 BERSIH 2.0 nih maka my big boss telah mengisytiharkan cuti untuk kami...he3..yelah dah lah office Cik Sue kat Jalan Raja Chulan, memula tu tadi dah pening gak lah fikir camner nak pergi kerja besok...boss dah siap nasihatkan supaya pakai t shirt company, ini bertujuaan supaya kalau2 lah Cik sue di tahan pihak polis sewaktu dalam perjalanan nak ke office tunjuk jer lah t shirt company tu dan bagitahu nak pergi kerja...boss pun dah siap bekalkan kami 1 office dengan name card dia..katanya kalau ada siapa2 kena tahan suruh jer polis call my boss sendiri...tragik jer kan??

tapi at last setelah dikaji,diselidik beserta memikirkan faktor keselamatan kami maka my boss pun mengisytiharkan besok cuti...yeeeehaaa!!!tu yang best tu...he3..BERSIH punya pasal dapat gak Cik Sue cuti 2 hari berturut2..jadi memang BERSIH lah office Cik Sue esok sebab tak sorang pun yang kerja million thanks to my boss yang sangat prihatin terhadap keselamatan kami para pekerja nya....

jadi esok apa lagi jom lah kita pakat ramai2 duduk kat rumah BERSIH kan apa yang patut...lagi berfaedahkan   boleh gak luangkan lebih banyak masa kat rumah kan???

** ermmm...Cik Sue terfikir dah nak BERSIH kan segala hutang tidur yang tertunggak ni esok..ha3..BERSIH gak kan??? =))

Wednesday, July 6, 2011

pengasuh...antara upah dan tanggungjawab mana lebih utama?

Assalamualaikum WBT...


** gambar copy paste dari blog my sis

pagi2 nih dah bengang...bukan bengang pasal apa...bengang pasal pengasuh my sis nih...semalam Cik Sue terima khabar kurang baik dari my sis bagitahu anak buah kesayangan Cik Sue jatuh waktu main kat tepi longkang.. so hidung nya bengkak dan luka...apa yang paling mendukacitakan Cik Sue adalah sikap pengasuh anak my sis nih ada ke patut dia boleh biar budak2 ni main kat tepi longkang tanpa pengawasan orang dewasa...apa guna my sis bayar dia mahal2 sampai RM 500 sebulan kalau dia tak boleh nak jaga anak my sis ni dengan selamat.

sepatutnya dia sebagai pengasuh kenalah punya sikap bertanggunjawab...dia patut jaga anak my sis nih macam jaga anak dia sendiri..yelah dah kita bayar dia dan yang paling utama bukan sebab bayar tu pun tapi sepatutnya dia punya kesedaran dalam diri dia sendiri iaitu ingat tanggungjawab yang dah my sis amanatkan pada dia sepanjang my sis serahkan penjagaan anak2 pada dia...

sangat mengecewakan lagi bila sewaktu my sis balik kerja dan nak ambil anak2 dia, pengasuh tu boleh diam jer tanpa beritahu apa2 pasal kejadian...cuba kalau korang balik2 kerja tengok anak korang bertampal dan luka sampai bengkak2 camtu??mesti rasa nak pengsan kan?sedangkan Cik Sue pun rasa geram sangat bila dengar cerita dari my sis inikan pulak my sis sendiri yang dah tentu angin satu badan bila tengok anak yang pagi tadi dia tinggalkan dengan pengasuh elok jer sekali balik kerja tengok anak dah luka dan bengkak2.

memang lah kita tak boleh nak nafikan budak2 memang nakal tapi kita sebagai pengasuh a.k.a penjaga yang diletak kepercayaan oleh ibu bapa anak2 yang ada dibawah pengawasan kita kenalah prihatin dan peka terhadap keselamatan diaorang..dah tahu kan kawasan longkang tu bahaya jadi janganlah benarkan budak2 nih main kat kawasan yang bahaya tu...jangan hanya pandang pada bayaran yang diterima tiap2 bulan saja tapi tanggungjawab sebagai pengasuh tak dilaksanakan...

Saturday, July 2, 2011

mampukah aku mejadi setabah mereka??

Assalamualaikum WBT...

Sekadar memanjangkan kisah ini dan diharap dapat membantu pasangan muda ini....


Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
 
-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


TOTALLY COPY & PASTE dari KasihAleeya

Friday, July 1, 2011

Julai 2011...segalanya baru...

Assalamualaikum WBT...


Tak sangkakan pejam celik dah masuk bulan Julai..rasa macam sekejap je masa tu berlalu...sedar tak sedar kita dah nak sampai bulan Ramadhan kan...wahhh..ni yang paling Cik Sue tak sabar nih...tak sabar nak mengunjungi pasar Ramadhan kat sekitar KL nanti..pasti seronok...he3...seronok tu seronok gak asalkan jangan sampai membazir dah...

Apapun sempena kedatangan bulan Julai nih segalanya serba baru buat Cik Sue..apa yang baru??he3..adalah... kasi suprise sikit kat korang...tunggu Cik Sue update kat next n3 yer...sebut pasal bulan Ramadhan ni baru lah teringat puasa yang tinggal tahu lepas belum diganti lagi...alamak!!!korang camner??dah habis ke ganti puasa yang tinggal Ramadhan tahun lepas???errr...Cik Sue belum ganti lagi.nampaknya kena puasa direct lah sepanjang minggu depan...takut nanti lambat ganti tak sempat pulak....errr...bila dah mula nak puasa nih otak pun mulalah ligat fikir apa nak dimasak dan apa yang teringin dimakan waktu berbuka kan???

emmm..dah terasa melalut pulak nih...apapun korang tunggu yer next n3,nanti kat situ Cik Sue akan kongsi apakah sesuatu yang baru muncul dalam diari hidup Cik Sue sempena kedatangan bulan Julai ni yer...tunggguu.