MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Monday, June 20, 2011

dia HERO sepanjang zaman...

Assalamualaikum WBT...


Abah,
kaulah yang sering berada disisiku ketika hayatmu dulu..
kaulah yang sentiasa menitipkan semangat buat anak2mu supaya terus tabah mengharungi dugaan hidup..
kaulah juga yang sanggup bersusah payah memerah keringat tuamu demi sesuap nasi untuk kami...
kaulah juga yang sentiasa menjadi pelindung,pembimbing,pembakar semangat dalam kehidupan kami...
kaulah juga yang sentiasa ada disaat suka mahupun duka...
kau juga sentiasa sabar melayani kerenah anak2mu ini...

Abah,
tiada gelaran yang mampuku berikan padamu...
kerana bagiku tiada yang paling hebat didunia ini selain dirimu Abah...
tidak cukup dengan kata2 untuk ku meluahkan betapa kasih dan sayangnya daku padamu...
tidak tertanggung rasa rindu dihati ini...
terlalu cepat dikau pergi...
terasa belum puas diri ini menagih kasih dan sayang darimu...
terasa belum cukup ilmu yang ingin dikongsi darimu...
terasa belum puas diri ini memelukmu disaat suka mahupun duka...

Abah,
pergimu kerana Dia lebih mengasihimu...
pergimu bersama deraian airmata dipipiku...
pergimu ketika diriku masih mengharapkan belaian kasihmu...
pergimu meninggalkan seribu kisah suka dan duka dalam keluarga kita...
namun aku redha...Allah lebih mengasihimu Abah...
Allah amat menyayangimu sebagai umatNya dan kerana itu kau disahut untuk kembali kepadaNya...

Abah,
sempena Hari Bapa ini kutitipkan doa bersama rasa kasih yang terhimpun dihati ini...
semoga roh mu ditempatkan bersama golongan yang beriman...
semoga roh mu tenang disana...
ketahuilah Abah, setiap saat diri ini tak pernah melupakan mu...
setiap helaan nafas ini tersimpan segala kenangan bersamu...
kerana Abah adalah HERO sepanjang zaman dihatiku.....

Al Fatihah buat arwah Abah Saari Sinong...


8 comments:

naz said...

this is best cik sue :) AL FATIHAH.

Cik Sue said...

naz: aduiii...malulah jgnlah cakap best naz...tak best pun..mana boleh lawan naz kan...anyway thanks for your support... =D

faiz said...

alfatihah...byakkan doa roh ayah ye..

chii said...

al-fatihah..semoga roh arwah ayah cik sue tenang di sana

mas saari said...

uwaaaaaaaaa...sedih!

Cik Sue said...

faiz: amin...thanks faiz for your support...

Cik Sue said...

chii: amin..mudah-mudahan... thanks laling...

Cik Sue said...

kak mas: uwaaaaaaaa...aku pun sedih gak.... =((