MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Sunday, May 29, 2011

10 petanda dia jodoh kita...

Assalamualaikum WBT...jodoh pertemuan di tangan AllahSWT..kita hanya mampu merancang namun yang menentukan adalah Yang Maha Esa...tadi Cik Sue terbaca artikel nih kat iluvislam.com jadi sajer suka nak kongsi dengan korang semua....


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) 

**sumber iluvislam.com

Thursday, May 26, 2011

makin hampir...

Assalamualaikum WBT...hurmmm lama tak update yer...blog pun dah bersawang..he3...takpelah janji tak terus berkubur blog Cik Sue nih dah la....ni pun nak update ringkas2 jer...tak lama dah Cik Sue nak mula bercuti..kali nih cuti panjang sikit..ada acara yang penting akan berlangsung....harap2 semuanya akan berjalan lancar..jadi sekarang nih Cik Sue dah makin tak sabar menghitung hari....uishhhh...suspen gak nih...

dalam 2 minggu kebelakangan  ni pun Cik Sue agak sibuk dengan persiapan dan alhamdulillah persiapan dah hampir 65% dah...jadi tinggal nak tunggu harinya sajer....mudahan semuanya berjalan lancar nanti...apa2 tunggu nanti Cik Sue update kat blog sekitar berlangsungnya acara penting tu yer....tungguuuuuu... =))



** psttt...ehhh tak lama dah kan nak puasa....pastu nak raya...weeee seronoknya...he3...


Thursday, May 19, 2011

Kacang lupakan kulit...

Assalamualaikum WBT...minggu yang seperti biasa sibuk dan terus sibuk buat Cik Sue...namun sempat gak BW kat blog2 peberet kesayangan Cik Sue...blog Cik Sue jer lah yang agak bersawang skit..apa nak buat klu time office hour tu memang tak berkesempatan langsung nak update...usahkan nak update kadang2 tu nak jenguk pun tak sempat..kalau sempat pun time lunch jer..tu pun hanya ada masa 1 jam jer....takpelah nak buat camner kan dah tuntutan kerja mengatasi segalanya...

bila dah lama Cik Sue menyepi ni banyak yang Cik sue perhatikan dah berubah..macam2 yang dah berubah..
antaranya perubahan orang2 yang pernah berada diblog Cik Sue nih...berubah camner???emmm rasanya tak perlulah kot Cik Sue ceritakan secara detail...biarlah apa yang jadi tu Cik Sue je yang tahu...tapi dah memang lumrah atas dunia nih manusia bila dah berada diatas dia akan lupa masa2 dia berada dibawah dulu..masa2 dia susah dan perlukan bantuan insan2 yang setia disisi dia....


emmmm...itulah kan yan dipanggil hakikat kehidupan...bila senang ramai yang datang menghimpit namun untuk mencari yang sanggup menangis dan berduka bersama2 kita 1 dalam sejuta tu pun susah...jadi pada Cik Sue biarlah dia dengan caranya itu seandainya cara itu membahagiakan dia...rasanya tak perlu kita nak sebut atau ungkit segala jasa2 atau kebaikkan yang dah kita buat pada seseorang tu...terpulanglah samada dia nak kenang atau tak..pepatah tu dah betul rambut jer sama hitam tapi hati masing2 lain...jadi tepuk dada tanya hati masing2 mana satu cara pilihan kita, ingin mejadi seperti kacang lupakan kulit kah???...wallahualam...

" PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU SAID..
PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU DID..

BUT PEOPLE NEVER FORGET,
HOW YOU MADE THEM FEEL....."

Tuesday, May 17, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Santai Bersama BEN ASHAARI
Assalamualaikum WBT...mari kita berbicara soal cinta...

dunia percintaan ada manis dan pasti juga ada pahitnya...setiap insan kat dunia nih pasti pernah merasai dicintai dahn uga bercinta..begitu juga Cik Sue...ada yang memilih untuk bercinta atas pilihan keluarga dan ada juga yang memilih untuk mengecap bahagia atas pilihan sendiri..pada Cik Sue semua tu terpulang pada pilihan masing2..tak kisah lah siapa pilihan kita yang penting biarlah keluarga kita merestui perhubungan itu...

bila sebut tentang pengalaman cinta Cik Sue pun punya pengalaman cinta tersendiri...melalui kepahitan dalam bercinta itu lumrah dalam bercinta..tapi Cik Sue sentiasa ingat bahawa untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan kita kena melalui dan merasai kepahitan...namun walau pahit sekali kisah percintaan yang kita tempuhi harus kita ingat bahawa itu semua adalah dugaan untuk menilai sekuat mana cinta kita...

indah atau sebaliknya dunia percintaan yang kita lalui itu terpulang bagaimana cara kita mewarnainya..namun perlu diingatkan segala batas2 pergaulan dialam percintaan perlulah sentiasa kita kawal agar dapat mengelakkan dari berlakunya perkara2 yang melampaui batas...dan pada pendapat Cik Sue percintaan yang paling bahagia adalah percintaan selepas perkahwinan..kerana selepas berkahwin segalanya boleh dikongsi dan dilakukan bersama pasangan..jadi mana2 yang dah mempunyai pilihan hati tu rasanya baiklah cepat2 fikirkan untuk mendirikan rumahtangga..tak rugi rasanya kalau saat2 indah masa bercinta tu kita kecapi selepas berkahwin nanti...

jadi kalau nak diikutkan lain orang mungkin lain pendapat masing2 dalam menilai erti cinta..namun pada Cik Sue biarpun berbeza pendapat kita tapi kita masih haru berpegang pada batas2 pergaulan sewaktu bercinta.. cinta itu tidak buta tetapi yang buta tu adalah kita...kita buta dalam menilai erti sebuah cinta....




Saturday, May 14, 2011

APA MOTIFNYA???

** GAMBARAN WAJAH SUSPEK YANG TERLIBAT DLM KES SERANGAN SIMBAHAN ASID
kecoh betul sekarang nih dengan kisah simbah asid nih...aduhhh sungguh menakutkan..Cik Sue pun dah semacam fobia jer nak keluar jenjalan kat KL sekarang nih...terbaru Cik Sue dapat dari facebook adalah gambaran wajah suspek yg terlibat dalam kes serangan simbahan asid tu...bila terbaca kisah yang terjadi kat area KL baru2 nih suspek tidak hanya menyerang mangsa yang berjalan secara bersendirian..ada juga diantara mangsa yang diserang adalah yang berjalan secara berkumpulan..jadi apa sebenarnya motif suspek melakukan penganiayaan terhadap orang2 yang tak bersalah ni???untuk kepuasan diri kerana masalah mental yang suspek hidapi kah??atau dan sememangnya takde kerja sesangat dah nak buat??

dari sumber yang Cik Sue baca ada juga diantara mangsa yang terkena serangan ni adalah lelaki yang berjalan bersama teman wanitanya...jadi disini menunjukkan bukan hanya wanita jer yang perlu berhati2 sekarang nih..lelaki2 kat luar sana juga kena berhati2 jugak bila berjalan bersendirian...sehingga kini kita masih belum tau apakah punca dan sebab sebenarnya suspek melakukan aktiviti kurang sihat tu!!!apa yang Cik Sue harap pihak polis dapat memberkas suspek yang melakukan aktiviti tidak bermoral nih secepat mungkin..kita juga sebagai orang awam juga hendaklah sama2 memberi kerjasama dan bantuan yang termampu agar suspek yang bertindak tanpa akal nih dapat di berkas dengan kadar segera...

so nasihat Cik Sue untuk korang2 berhati2 lah ketika keluar walau kat mana pun lokasi korang...kalau boleh elakkan berjalan dikawasan yang mudah untuk suspek melakukan aktiviti tidak bermoral nih..contohnya kawasan yang menjadi laluan penunggang motorsikal kerana menurut sumber dari pihak polis suspek disyaki menunggang motorsikal...dan kalau boleh elakkan lah keluar besendirian..kalau boleh biarlah keluar berteman beramai2 sekuranngnya suspek tidak berani untuk mendekati bila tengok korang ramai2 kan...dan apa yang penting sama2lah kita berdoa agar kita akan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT...dan harapan Cik Sue agar suspek cepat2 di berkas sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa sikap tidak bertanggung jawab ni...

OK dah....Weekend lagi...

Assalamualaikum WBT...wahhhh..lamanya rasa Cik Sue tak update...bukan tak nak update tapi kekadang tu tak jumpa masa untuk update dan kekadang tu terlalu sibuk mengalahkan PM kot..hehehehe...ddi tambah pulak dengan masalah blogger.com yang tak leh nak buka aritu tambah lagilah makin lama lah blog Cik Sue nih berhabuk...

okey berbalik pada masalah MALWARE aritu tu Cik Sue pun tak pastilah kat mana puncanya dan macamana boleh terkena menatang MALWARE tu...ada gak yang kata virus tapi ada yang kata takde apa2...tapi alhamdulillah dah okey pun tapi tak tahu lah pulak kalau2 tiba2 dia nak jadi balik...fuhhh..mintak dijauhkan lah...

so weekend nih menghabiskan sisa2 cuti kat Salak Tinggi..rumah my sis ler...dah lama betul rasanya tak kesini...rindu pada anak2 buah dan my sis gak...so arini Cik Sue kena dera dengan adik bongsu manja ku itu untuk jadi chef...sedap jer dia request suruh Cik Sue masak macam2 tapi takpelah jumpa pun jarang sekali jadi Cik Sue turutkan jer la permintaan adik kesayangan Cik Sue nih....dan setelah berhempas pulas kat dapur ni jer lah hasilnya yang tak seberapa tu...

** IKAN KEMBUNG 3 RASA & PAJERI NENAS

** KANGKUNG BELACAN & SAMBAL SOTONG
haaa...ni lah antara lauk2 yang di request oleh adik Cik Sue tu...memang kaw2 Cik Sue kena dera jadi chef arini..asalnya adik Cik Sue request Siakap masak 3 rasa tapi oleh kerana tak jumpa ikan siakap maka terpaksalah digantikan dengan ikan kembung jer...apapun abaikan jerlah pinggan sambal sotong Cik Sue yang comot itu..ha3 memang takde seni nak menghidang langsung...aduhhh perut pun lapar dah nih oklah yer korang nak menjamu selera dengan adik kesayangan Cik Sue ni dulu...korang semua jemput2 tengok je yer..hehehehe...

Tuesday, May 10, 2011

BANTUAN DIPERLUKAN!!!!

** MENATANG APAKAH INI???KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN..
tolong!!!!dari tadi takleh buka blog pakai google chrome..menatang apakah MALWARE nih???apa dia bikin dalam Cik Sue punya blog??ada sesiapa tahu tak???tolong jawab sikit....

Sunday, May 8, 2011

IBU...


Selamat Hari Ibu...teristimewa buat arwah mak yang sangat Cik Sue sayang dan rindui setiap saat...indahnya hari ni andai arwah mak masih ada bersama2 Cik Sue...indahnya juga hari ni andai Cik Sue dapat memeluk arwah mak dan menyatakan betapa Cik Sue terlalu menyayangi dan merindui  arwah mak...indahnya juga hari ni andai Cik Sue dapat meluangkan masa menziarahi pusara arwah mak...hanya doa dan al fatihah yang Cik Sue sentiasa titipkan buat arwah mak sempena Hari Ibu ni...semoga arwah mak ditempatkan bersama golongan umat2Nya yang beriman dan solehah...

pada mereka yang masih ada ibu sayangi dan hormati lah mereka selagi hayat mereka masih ada...sesungguh nya jasa ibu itu tak dapat nak di bayar dengan wang ringgit...berikanlah perhatian dan kasih sayang sepenuh nya kepada ibu kerana tanpa ibu tiadalah kita di dunia nih...jagalah hati dan perasaan ibu sebaik mungkin kerana hati ibu sangat mudah tersentuh...dan betapa berdosanya kita andai kita mengguris walaupun sedikit perasaan ibu kita...

buat my lovely sista Sal Saari, Mas Saari, Mimie Saari & my lovely sista in law kak Bad dan para ibu2 di seluruh pelusuk dunia, walau dimana saja korang berada..."SELAMAT HARI IBU"...
semoga sentiasa beroleh kebahagiaan bersama keluarga tersayang didunia dan diakhirat...amin...

Saturday, May 7, 2011

Genting Night Market

Assalamualaikum WBT...wahhh weekend nih seronok sikit sebab buat ke-2 kalinya pihak management anjurkan pasar malam kat Genting...he3..memanglah nampak pelik sikit bunyinya sebab kat sini tak pernah ada pasar malam...so bila pihak management dah buat pasar malam 3 hari berturut2 kat sini sambutannya sangatlah menggalakkan...walaupun yang berniaga tak lah seramai macam pasar malam kat tempat2 biasa namun tu dah cukup memberi kepuasan pada warga kerja kat sini..so semuanya tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam tu...yang paling syok pasar malam nih bermula dari pukul 3.30 petang sampailah ke pukul 12 tengah malam....wahhhh...syok tu...Cik Sue pun ambil kesempatan gak untuk berkunjung ke pasar malam tu lagipun lokasinya sangat dekat dengan tempat Cik Sue tinggal...kat sini memang tak pernah ada pasar malam jadi bila diadakan sesekali macam nih baru lah tak boring kan... =D

**weee...ramai gak yg singgah....

** gerai nasi lemak yg Cik Sue singgah...sedap nasi lemak kerang dia... =D
jadi lepas nih harap2nya pihak management akan lebih selalu anjurkan aktiviti2 sebegini...selain dapat memberi peluang kepada peniaga2 untuk menambah pendapatan aktiviti ni dapat sambutan dari semua pihak..... emm..lepas nih Cik Sue nak cadangkan supaya diadakan pasar ramadhan pulak lah sempena bulan puasa akan datang... =))

Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

image

jom gegarrrrr lagi...kali ni ada hadiah wooo...mau join??klik SINI jer...

Thursday, May 5, 2011

New offer or....????


Assalamualaikum WBT...napelah semenjak dua menjak nih Cik Sue nak update blog macam takde mood jer... kemanalah pergi semua semangat Cik Sue selama nih yer???ermmm..agaknya dah tenggelam dek kesibukkan dan kepenatan seharian bekerja kot....namun Cik Sue tetap meluangkan masa untuk jengah blog2 kawan2 yang sentiasa datang bagi sokongan dan semangat buat Cik Sue...thanks yer pada yang tak pernah jemu support Cik Sue selama Cik Sue terjebak dalam dunia blog nih....

sebenarnya Cik Sue tersangat2 lah dalam dilema...tak pasti samada nak terima offer baru atau terus kekal disini bersama kesibukkan yang tak pernah habis...bukan setakat kesibukkan jer malah terpaksa menghirup suasana kerja yang sangat2 kurang sihat...kurang sihat yang Cik Sue maksudkan tu adalah masalah perkauman yang sangat ketara...jadi kelebihan tu lebih mudah berpihak kepada mereka2 yang mendapat sokongan dari kumpulan perkauman yang lebih besar kuantitinya...jadi mana2 yang takde sokongan dan kumpulan perkauman tu sangat2 lah mudah ditindas..macam Cik Sue....sabar jer la....

jadi sekarang Cik Sue ada dapat offer dari 1 company kat KL, jawatan lebih kurang sama cuma gaji lebih sikit dari sekarang...cuma apa yang boleh dibandingkan dengan kerja sekarang apa yang bagus pun adalah tempat tinggal yang disediakan percuma,api & air pun tak payah susah2 fikir nak bayar..pergi kerja pun jimat tak payah nak guna transport..jalan kaki 5 minit dah sampai cuma makanan kat sini jer yang agak mahal berbanding kat tempat lain tapi masih dalam keadaan terkawal dan tak lah sampai tahap cekik darah..so kalau Cik Sue terima offer kat company baru kat KL tu banyak gak yang Cik Sue kena fikir antaranya sewa rumah,api & air,makan, transport dan lain2...ermmm, pening gak nak fikir yang mana satu lebih berbaloi kan??

nampaknya Cik Sue kena timbang,fikir,nilaikan masak2 dan kalau boleh sampai rentung sama ada nak terima offer baru tu atau terus kekal disini...kerja mana2 pun pasti ada masalah cuma terpulang pada daya ketahanan kita sama ada dapat bertahan dengan permasalahan tu atau tak jer kan??jadi nampak gayanya Cik Sue kena tepuk dada tanya selera...pilihan dah ada tinggal nak tentukan mana yang terbaik jer...harap2 Cik Sue dapat petunjuk untuk membuat keputusan yang paling tepat dalam jangka masa terdekat ni....insyaAllah...

Tuesday, May 3, 2011

Korang terasa tak kalau....

Assalamualaikum WBT...mood cuti yang belum habis2 lagi nih...jadi memulakan kerja dengan perasaan yang sangat bosan..tapi apa yang Cik Sue perhatikan banyak betul kenduri kahwin sempena cuti Hari Pekerja yang lalu...sini sana kenduri kahwin..pendek kata mana2 yang dijemput tu 2,3 hari memang boleh pakat gantung periuk belangga la jawabnya....he3..hari2 dapat makan free....

okey dah lari tajuk pulakkan...sebenarnya Cik Sue dah lama terasa...terasa dengan apa???terasa dengan sesetengah blogger...kenapa??emmm..sebenarnya bukan niat Cik sue nak memburukkan sesiapa tapi kerana sikap segelintir blogger yang sebegini membolehkan blogger2 baru macam Cik Sue hilang semangat untuk terus berblog...antara sikap2 blogger yang membuatkan Cik Sue terasa adalah  bila mana ada segelintir blogger cuba buat segmen seperti review blog untuk blogger2 lain...tapi ada segelintir tu langsung tak datang review pun blog2 follwer yang dah pun menyertai segmen yang beliau anjurkan...seolah2 diaorang buat segmen review tu semata2 nak naikkan trafik blog diaorang dan sekadar nak meramaikan follower blog diaorang..bila hajat dan kehendak diaorang dah dipenuhi terus lah diaorang abaikan dan lupakan segala janji2 yang diaorang buat semasa mula2 buat segmen review tu....

patut ke buat macam tu??orang dah letak kepercayaan pada diorang sebab tu orang join segmen review diaorang...bila blog diaorang dah melonjak naik kerana ramainya follower yang join segmen diaorang tu terus diaorang buat2 tak ingat pun nak review blog2 yang dah join segmen tu..jangan kan kata nak review nak datang jengah komen kat blog2 yang pernah menaikkan trafik blog diorang tu pun tak pernah...kejam kan??
jadi pada Cik Sue apa guna jika sesebuah blog tu ramai follower tapi tuan empunya blog tak pernah nak menghargai follower2 dia...Cik Sue pun akui tak semua blog follower yang ikut blog Cik Sue akan Cik Sue jengah tapi Cik Sue akan cuba luangkan masa untuk balas kunjungan mereka..

lagi satu yang Cik Sue perhatikkan ramai blogger yang anjurkan GA,contest dengan niat dan tujuan supaya dapat ramai follower dan trafik blog pun boleh la naik mendadak...tapi apa yang paling mengecewakan bila dah berbulan2 GA atau contest tu berlalu bayang untuk umumkan pemenang langsung takde...terasa tak korang kalau korang yang join GA aatau contest tu??bukan niat Cik Sue sebut semua nih sebab nak menag sangat2 tapi sekurang2nya kita tahu siapa yang berjaya dan siapa yang tak...betul tak korang??tapi bukan semua blogger bersikap macam nih kan...Cik Sue pernah join segmen anjuran Edie TrigyyPuteri Katek, Pembawa Wacana, Penulis Senja, Khalis dan mereka2 ini sangat menghargai blogger2 yang menyertai segmen yang diaorang anjurkan...

tujuaan Cik Sue buat n3 nih pun bukan nak burukkan sesiapa cuma supaya kita sebagai blogger nih boleh berubah sikap...jangan lagi amalkan sikap2 sebegini...jangan kerana terlalu kejar follower dan tafik blog kita sanggup lakukan sesuatu yang memburukkan nama kita sendiri...kalau nak buat juga segmen,GA atau contest biarlah bila kita rasa diri kita dah bersedia...contohi En Ben, beribu2 blog masuk segmen yang beliau anjurkan keran beliau sanggup berkorban masa nak pastikan semua blog yang menyertai segmen beliau tu tersenarai dalam list penyertaan...kerana pada Cik Sue bukan semua orang mampu nak terima penyertaan yang banyak macam tu..

err...macam dah panjang lak Cik Sue membebelkan..maaflah kalau kata2 Cik Sue nih agak keterlaluan..jadi sesamalah kita berubah untuk kebaikkan diri kita sendiri...

Monday, May 2, 2011

Laksa Penang Version Cik Sue


arinih tetiba rajin dan teringin nak makan laksa jadi atas kesempatan cuti yang ada maka terhasillah laksa version Cik Sue nih..he3..dah lama tak buat n3 pasal makan2 nih jadi arini Cik Sue kasi korang2 terliur sikit lah tengok laksa yang mengiurkan selera anak tekak Cik Sue nih....resepi??tak yah la kot..bukan tak nak kongsi cuma takut nanti hasilnya tak sesedap yang dihajati...ni pun cukuplah buat lepas tekak sendiri...nak kata laksa penang pun tak berapa nak penang sangat dah...rasanya dah lebih ke pahang dah kot sebab Cik Sue asal pahang errr,tetamu istimewa yang nak makan jap lagi harap maklum yer kalau sedap silalah puji tapi kalau tak menepati citarasa tu diam2 sudahlah yer...ha3..apa lagi  jom2 jemput tengok jer la yer korang...mana yang teringin nak merasa tu jemputlah datang kerumah... =D


selamat menjamu mata yer.... =D

HAPPY BIRTHDAY MY SIS

" happy birthday to u...happy birthday to u......happy birthday to u......happy bithday......happy bithday.....   happy birthday to u my dear sis Mas Saari..."


semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu hingga ke akhir hayat..errr..hadiah tunggu adik tersayang mu ini datang rumah yer...love u so much my sis....lagu nih special buat kakak ku yang tersayang.....


Sunday, May 1, 2011

" SEGMEN : PENULIS SENJA CARI BLOG BLUE AND PINK "

penulis senja

Assalamualaikum WBT...tajuk segmen Penulis Senja nih kena betul dengan blog Cik Sue nih...jadi dengan rasa berbesar hati Cik Sue pun nak join..Cik Sue tahu pasal segmeng nih pun dari blog En Ben...korang kalau nak join klik SINI jer...jom la join ramai2..syarat penyertaan mudah jer....

1. buat entry bertajuk : " SEGMEN : PENULIS SENJA CARI BLOG BLUE AND PINK " - DONE

2. dalam entry tu korang cakap kenape korang suke kaler pink @ blue  - kenapa Cik Sue suka colour pink dan biru?sebab colour nih lembut jer..menarik dan sesuai dengan jiwa Cik Sue yang  cepat tersentuh nih...

3. jangan luper kutuk-kutuk blog PS nih ok ..( wajib )  untuk perubahan - blog PS cantik,kemas dan menarik..paling Cik Sue suka backgroun blog PS tu sejuk dan nyaman jer mata memandang..rasanya takde apa yang perlu diubah lagi..kekalkan jer blog PS tu macam tu sebab bagi Cik Sue dah cukup menarik dah..

4. jangan lupe la letak banner ps nih .. tak letak reject haha - DONE

5. siap entry korang hantar kat sini...jangan hantar ke blog pinky momma .. haha - DONE 
ingat yer segmen PS kali nih untuk colour blog pink dan biru saje ... - YES!! MENEPATI SYARAT

senang jer kan???so nak tau apa hadiah - hadiahnya ????jom kita tengok sama2...

PS nak cari 20 blog bertuah yang kemas dan simple , 20 blog yang bertuah akan PS review dan 10 blog bertuah akan ps bagi photo puisi ori dari PS juga 10 blog bertuah kedua akan PS review ngan tepek header sekali...best kan???hehehe harap2 Cik Sue boleh jadi antara 20 blog yang bertuah tu lah hendaknya..jadi sesapa yang blog dia sama colour macam blog Cik Sue boleh la join sekali, tarikh tutup 3 Mei 2011 pukul 08.00 malam...dan segmen nih hanya untuk followers blog Penulis Senja sahaja...