MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Saturday, April 16, 2011

Hadis Rasullullah SAW Mengenai Wanita...


Sekadar buat renungan dan manfaat bersama arini Cik Sue suka nak kongsi hadis Rasullulah SAW tentang darjat kaum wanita..betapa beruntungnya kita dilahirkan menjadi wanita....
Terdapat beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disenaraikan di bawah ini.jom sama2 kita baca...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya". 

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab. 

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga. 

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

jadi marilah sama2 kita renungkan...Cik Sue bangga kerana Cik Sue seorang wanita...

13 comments:

♥MiKa FasHa♥ said...

hye...mika buat lawatan sambil menfollow...:P

Sal Saari said...

aku punn..

faiz said...

mmg tinggi darjat wanita ni...tapi kena igt wanita mudah nak ke syurga dan mudah gak masuk neraka...harap dijauhkan dari neraka..

Khairul Atikah @ Cik Yuki said...

rasa bangga juga . . ;)

Cik Sue said...

faiz: yup betul tu sedikit kesilapan yg dilakukan memudahkan wanita masuk ke neraka..jadi ingat2 lah wahai wanita sekalian.... =D

Cik Sue said...

along sal: yeahhhh...i'm proud to be a woman...like it!!! =D

Cik Sue said...

cik yuki: harus berbangga...mana boleh tak bangga.... =D

chii said...

terciptanya wanita dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk di alasi.
bukan di kepala untuk di junjung
tapi dekat di hati untuk di lindung...

wanita..hiasan duniawi..

alhamdulillah..lahir sbg seorg wanita..byk sgt keistimewaan jd wanita kan :)

Cik Sue said...

chii: yup betul tu bnyk keistimewaan menjadi wanita... =D

syAfA said...

semoga kita sebagai wanita,dapat menjdai wanita solehah..

mekaseh untuk perkongsian ini.=)

naz said...

banyak kelebihan u. jeles i. nak tukar dengan i tak? haha

Cik Sue said...

syafa: sama2...sharing is caring... =D

Cik Sue said...

naz: euwwww...tak rela i tau..ha3.. =D