MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Friday, April 29, 2011

AIR


pentingkah air pada kita??mesti lah pentingkan..haa..ni yang Cik Sue nak kongsikan dengan korang arini.. kepentingan air untuk tubuh badan kita...tu nampak yak botol air sebesar gedabak tu??haa kalau nak tahu tu lah teman Cik Sue kemana saja sekarang nih..pergi kerja ke,balik kerja ke, sebelum tido ke,masa jalan2 ke sekarang macam dah wajib nak bawak sibesar gedabak tu...jadi sehari sekurang2nya Cik Sue akan pastikan Cik Sue habiskan sebotol besar air tu yang mana kandunganya adalah 2 liter...perghhh..jenuh nak habiskan..tapi bila kita minum banyak air putih nih badan jadi lebih sihat....jom nak kongsi sikit...

" air kosong merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh badan kita selain oksigen. Setiap tubuh badan manusia mengandungi 55% hingga 75 % air.Air sangat penting untuk membantu proses penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan..

Selain itu air juga membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan juga buah pinggang.. Fungsi lain bagi air dalam tubuh kita ialah untuk menyelaraskan suhu badan 24/7 serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran.Hampir 92% kandungan darah ialah air. Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh.

Air penting untuk tubuh badan. Manakala rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air. Sistem penghadaman manusia menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari.Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran."

haa..betapa pentingnya air nih dalam kehidupan seharian kita kan?Cik Sue akui dulu Cik Sue memang malas sangat minum air putih...kadang2 seharian tak sentuh air putih...jadi lepas dah tahu yang badan Cik Sue kekurangan air maka Cik Sue kena tanam dalam diri setiap hari kena habiskan sekurang2nya 2 liter air putih...jadi air2 manis nih secara automatik dah kurang Cik Sue ambil...dan perubahannya sistem penghadaman kita akan lebih teratur dan lancar...jadi jom amalkan minum air putih banyak2...

12 comments:

Ilhamny.com said...

sukerrr sbb botol air cik sue sama ngan botol air kite yg kat ataih meja nih haaa....

Cik Sue said...

ilhamny: he3..sama ek...guna produk herbalife gak ek?

syuwai said...

tertarik dengan botol air tu..

herba life tu..

hehe

chii said...

chii pun amalkan minum air kosong byk..siap ada botol skali..tp kadang2 2 hari br abih..ehehe

padlie said...

padlie xleh minum air putih, kaki cepat lak bengkak.. edema..

Padlie dan Exam [Part 3]

kAmi dAn mEreKa said...

air putih pon boleh buat kurus. hehe ;)

bila tak minum air masak ni, rasa perit je tekak, ;)

r-5 said...

kalau di cerita pasal kelebihan air ni. memanglah sehari tak abis bercerita. kan3? huhuhu

Cik Sue said...

syuwai: he3 cantik menarik tertarik herbalife mmg the boommmm... he3.. =D

Cik Sue said...

chii: he3...cik sue akan make sure air tu abis aritu gak.... =D

Cik Sue said...

padlie: o ye ke...takpe padlie leh minum skit2... =D

Cik Sue said...

kami: yup betul tu...amalkan minum air putih bnyk2..leh kurus tau.. =D

Cik Sue said...

r-5: betul tu...nak citer sehari pun tak leh abis jadi dipendekkan cerita minum jer air putih tu bnyk2 yer.. =D