MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Friday, April 29, 2011

Bloglist Blog Edie Trigyy : May


berminat nak join bloglist blog edie trigyy??jom klik SINI..Cik Sue dapat tahu nih dari mrs secretary Cik Sue nih..syarat nya mudah jer sebenarnya hanya tinggalkan link blog korang kat komen n3 ni jer...pastu edie kata kalau nak buat n3 pun boleh kalau tak buat pun boleh...haaa..oleh kerana Cik Sue berbesar hati nak join jadi Cik Sue buat lah 1 n3 khas buat blog edie trigyy nih..tak rugi join sambil2 boleh tambah kenalan boleh gak tukar2 pendapat dan pandangan dalam dunia blog nih...cewek2 yang berminat jom join rugi wooo tak join...adik edie trigyy nih hensem woooo..he3....jom lah leh kita kenal2.... =D

AIR


pentingkah air pada kita??mesti lah pentingkan..haa..ni yang Cik Sue nak kongsikan dengan korang arini.. kepentingan air untuk tubuh badan kita...tu nampak yak botol air sebesar gedabak tu??haa kalau nak tahu tu lah teman Cik Sue kemana saja sekarang nih..pergi kerja ke,balik kerja ke, sebelum tido ke,masa jalan2 ke sekarang macam dah wajib nak bawak sibesar gedabak tu...jadi sehari sekurang2nya Cik Sue akan pastikan Cik Sue habiskan sebotol besar air tu yang mana kandunganya adalah 2 liter...perghhh..jenuh nak habiskan..tapi bila kita minum banyak air putih nih badan jadi lebih sihat....jom nak kongsi sikit...

" air kosong merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh badan kita selain oksigen. Setiap tubuh badan manusia mengandungi 55% hingga 75 % air.Air sangat penting untuk membantu proses penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan..

Selain itu air juga membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan juga buah pinggang.. Fungsi lain bagi air dalam tubuh kita ialah untuk menyelaraskan suhu badan 24/7 serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran.Hampir 92% kandungan darah ialah air. Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh.

Air penting untuk tubuh badan. Manakala rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air. Sistem penghadaman manusia menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari.Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran."

haa..betapa pentingnya air nih dalam kehidupan seharian kita kan?Cik Sue akui dulu Cik Sue memang malas sangat minum air putih...kadang2 seharian tak sentuh air putih...jadi lepas dah tahu yang badan Cik Sue kekurangan air maka Cik Sue kena tanam dalam diri setiap hari kena habiskan sekurang2nya 2 liter air putih...jadi air2 manis nih secara automatik dah kurang Cik Sue ambil...dan perubahannya sistem penghadaman kita akan lebih teratur dan lancar...jadi jom amalkan minum air putih banyak2...

Thursday, April 28, 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

image

segmen lagi....nak join??cam biasa klik SINI...okey kali nih segmen En Ben suruh Cik Sue cerita kenapa Cik Sue jadi seorang blogger...

kenapa Cik Sue seorang blogger??terjun ke dalam dunia blog nih atas hasutan my sis...memula tu memang Cik Sue tak berminat...tapi ari2 my sis duk hasut,hasut dan hasut jadi dek kerana jemu dengar hasutan dia tu maka Cik Sue pun sahutlah cabaran dia..maka terhasillah Bukan Dirimu Hanya Diriku nih...bila dah terhasil blog nih maka bermulalah misi Cik Sue untuk mencantikkan dan memeriahkan blog..memula ada blog macam nak letak..pantang jumpa widget semua Cik Sue sumbat kat blog Cik Sue...ha3...meriah gitu....

tapi tu dulu punya ceritalah...sekarang setelah 3 bulan kat dunia blog nih dah makin banyak perubahan yang Cik Sue lakukan...semua widget2 yang tak perlu tu sedikit demi sedikit Cik Sue hapuskan dan akhirnya sekerang nihlah blog Cik Sue..dan dari blog nih juga Cik Sue mula dapat kenalan di alam maya...semakin ramai kawan semakin banyak perkara yang dikongsikan...banyak kebaikkan dan juga keburukkan dalam blog  nih...ada pengaruh negatif daan ada juga pengaruh positif..semuanya terpulang pada penerimaan individu tu sendiri...pada Cik Sue baik dan buruknya sesebuah blog tu terletak pada pemiliknya sendiri...


Tuesday, April 26, 2011

Jom Review Blog!!!

segmen dah join sekarang masa untuk review blog dah tiba...aritu kan Cik Sue ada join segmen Pembawa Wacana..korang ingat lagi tak??okey so sekarang baru Cik Sue dapat tahu yang Cik Sue diletakkan dakam kumpulan 2 yang terdiri daru 4 orang ahli...so tugasan kami adalah untuk menreview ketiga2 blog kawan2 dalam kumpulan kami tu...uishhh, best nih...jadi jom REVIEW pun bermula...

blog vs diari...
okey nih blog pertama kumpulan Cik Sue yang Cik Sue nak review...okey mula2 masuk blog nih tertarik dengan kartun pooh yang chumell tu...he3...susun atur blog kemas cuma kalu diperkemaskan lagi mungkin dapat mempermudahkan bacaan pelawat2 blog nih...n3 kat blog nih kebanyakkannya berkisar tentang kehidupan pemilik blog..banyak gak n3 menarik yang dihasilkan antaranya yang Cik Sue baca adalah Menguap Berjangkit dan ada juga n3 yang lain berkisar pada kisah2 artis..pada Cik Sue mungkin patut kurangkan n3 tentang artis nih sebab Cik Sue perhatikan dah banyak blog2 yang dah berbuat begitu..iaitu mengunakan kisah artis sebagai n3 di blog mereka.boleh nak buat n3 pasal artis nih cuma tak perlu selalu kot..lain2 rasanya takde apa yang Cik Sue nak tegur..he3 almaklumlah Cik Sue pun tak pandai sangat nak komen2 blog orang lain nih...ni pun sekadar review dan bagi pendapat yang ikhlas untuk kita sama2 memperbaiki mutu blog kita yer..

kisah seorang gadis melayu
okey blog kedua yang Cik Sue nak review kali nih blog milik gadis melayu yang bernama Atia..okey blog nih kemas...cuma mungkin agak banyak widget...emmm macam yang ada perkataan yang bergerak2 tulis nama Atia tu rasanya tak perlu kot...dulu2 masa Cik Sue mula berblog dulu pun ada gak letak tapi bila ada yang bagi pendapat yang semua tu tak perlu ada dalam blog kita maka Cik Sue buat keputusan untuk remove jer..dan juga slide show untuk gambar2 tu mungkin perlu dikurangkan sedikit..bukan apa kadang2 slide show nih menambahkan berat blog kita untuk loading sama gak denga effect salji yang jatuh berguguran tu..ewahhh..memang cantik kalau kita tengok tapi sebenarnya widget tu kekadang boleh menganggu kosentrasi pembaca yang datang, lagi2 yang baru nak follow kita sebab kekadang pembaca tu nak klik kat butang follow tapi dek kerana effect salji tu bila mereka klik butang follow tu keluar lak page sumber widget tu...yang nih pun cik Sue pernah kena gak dulu tu yang sekarang dah memang tak letak dah widget2 yang dirasakan tak berapa perlu nih..Atia, nih pendapat Cik Sue jer lah,jangan marah yer...he3...okey masuk bab n3 pulak Cik Sue suka Lawak Santai nih..keh3 pecah perut Cik Sue gelak yer...lagi satu Atia nih sepesen dengan Cik Sue kaki join segmen... =D

 c tukang karut..
okey blog ketiga dan terakhir dalam group Cik Sue yang Cik Sue nak kena review nih...nama blog nih simple jer..Cik Sue suka tu, cuma pemilik blog terlalu banyak guna ayat2 shortform dalam n3 beliau emmm mungkin sebab pemilik blog nih masih remaja muda belia lagi kot...he3..sebenarnya boleh kita guna shortform nih cuma kena tengok ayat dan perkataan yang nak di shortformkan tu..yelah kadang2 tak semua yang baca n3 kat blog kita nih faham shortform2 yang kita gunakan nih..yelah Cik Sue perhatikan remaja2 sekarang banyak shortform2 diaorang yang tersendiri macam aku jadi aq,apa2 jadi pape dan macam2 lagilah..macam Cik Sue nih kekadaang tak berapa nak faham sebab tak pandai sangat guna shortform2 nih...pemilik blog nih pun rajin gak join segmen2 anjuran En Ben dan lain blogger..bagus tu ada usaha nak majukan blog sndiri kan dik...teruskan usaha tu tau jangan give up...paling menarik Cik Sue header adik nih yang sempoi jer macam tuannya..simple and nice...okey bab n3 pulak Cik Sue tengok banyak berkisah tentang kehidupan pemilik blog seharian..antara n3 yang Cik Sue sempat baca adalah Kagum, cuma macam Cik Sue bagitahu di awal tadi banyak sangat shortform jadik terkial2 ler Cik Sue nak habiskan baca 1 n3 tu dik...he3 al maklumlah zaman remaja Cik Sue ni dulu takde lagi ayat shortform nih...tu yang macam pelik sikit mata ni bila nak baca..
jangan marah yer dik....

so dah tamat lah seisi menreview dan direview oleh Cik Sue untuk kumpulan Cik Sue nih...mana2 yang kena review tu harap dapat memaafkan jika ada sebarang teguran dari Cik Sue yang tak tepat yer...bukan senang nak review blog orang lain nih...fuhhh..berpeluh nak fikir ayat nak taip tau...bukan apa takut gak kalau2 ada yang tak suka dengan apa yang Cik Sue tegur tu...apapun pada yang dah review blog Cik Sue tu terima kasih banyak2..apa teguran yang berguna akan cuba diperbaikki dan di pertingkatkan lagi mutu blog Cik Sue yang tak seberapa nih.....THANKS A LOT!!


BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH ..

image

segmen lagi...biarlah orang muak tengok blog Cik Sue nih penuh dengan segmen dar En Ben...he3...kalau tak suka sila klik butang pangkah kat atas belah kanan tu yer...pada yang berminat nak join tu silalah klik banner kat atas tu yer...okey segmen kali nih citer pasal alam persekolahan...

perkara yang anda tidak boleh lupakan bila berbicara tentang SEKOLAH..
okey sebut pasal sekolah nih banyak sangat kenangan pahit,manis kalau nak diceritakan...kalau nak cerita rasanya 3 hari 3 malam pun belum tentu boleh habis....kenangan zaman persekolahan Cik Sue yang paling Cik Sue tak dapat lupakan ialah masa mula2 masuk tahun 1 dulu...mula2 nak nak masuk sekolahkan memang tak terkata excited nya..malam tu memang confirm tak boleh tido..tak sabar nak pakai uniform sekolah...pendek kata hari tu jer mau 3,4 kali try baju sekolah dengan kasut sekolah...

esoknya pagi2 bila arwah abah kejutkan sikit punya liat nak bangun..he3..maklumlah tak pernah lagi kena bangun pagi2 camtu...tapi bila dah sampai sekolah dah ada kawan2 seronok tak terhingga..sampai lupakan arwah abah yang temankan Cik Sue masa hari pertama sekolah tu..sabar jelah kan..paling Cik Sue takleh lupa gak ialah masa jadi pengawas sekolah dari Darjah 4 hingga Darjah 6..pengawas yang paling garang masa tu Cik Sue lah..pantang kalau ada murid2 lain yang datang lewat, confirm kena denda dengan Cik Sue..denda apa??kena kutip sampah keliling sekolah..sampai ada yang panggil Cik Sue pengganas masa tu bukan pengawas...he3...tapi tu kenangan untuk masa zaman sekolah rendahlah..kurang sikitlah kenangan yang hebat2 nih kalau nak dibandingkan dengan kenangan masa zaman sekolah menengah...

bila sebut kenangan zaman sekolah menengah dah tentulah banyak yang cintan cintun dah..he3..tapi Cik Sue tak pernah la bercinta time2sekolah menengah dulu...tak pandai nak cari boyfriend...lagipun mas tu ala2 malu2 kucing lagi...kalau temankan member kamceng gi dating tu selalulah..maklumlah member takut kantoi dengan mak ayah dia jadi dia gunakanlah alasan nak keluar study dengan Cik Sue, padahal pergi dating dengan boyfriend..yang Cik Sue lak masa tu dah macam pak jaga..tukang cover line kot2 ada orang yang dikenali lalu cepat2 bagitahu kat member tu..baguih dok???tapi tu masa zaman2 remaja dulu2 la...memang manis kalau dikenangkan balik masa tu..muka pun suci jer lagi...muka tak berapa pandai nak berdating...ada senior ngorat pun tunduk jer..malu ler konon..ha3....

salah satu lagi kenangan yang Cik Sue tak boleh lupa masa zaman persekolahan dulu bila Cik Sue kat Tingkatan 5..masa tu kelas Cik Sue nih memang terkenal dengan kebisingannya..pantang takde cikgu, maka kelas kami akan bertukar menjadi pasar borong..dengan ada yang tido,yang buat group menyembang tak ingat dunia..tu belum lagi yang duk main lari2 berkejaran dalam kelas..memang haru biru lah...jadi oleh kerana dah selalu kena tangkap denga Pengetua sekolah kerana kelas kami adalah kelas yang paling bising, maka Pengetua buat keputusan untuk pindahkan kelas kami tu betul2 kat sebelah bilik guru..haaa..amik kau..tulah sape suruh bising lagi kan??harapan Pengetua bila dia buat keputusan macam tu perengai dah sikap kami akan berubah...takdelah bising sangat dah...sebulan,2 bulan,3 bulan oklah ada perubahan..masuk 4 bulan dah balik jadi perangai lama...pendek kata memang peninglah kepala Pengetua sekolah masa tu nak ubah sikap kami 1 kelas nih...tapi alhamdulillah berkat kesabaran Pengetua kami banyak berubah...dan kerana ketegasan Pengetua juga ramai diantara rakan2 sekelas Cik Sue dulu dah pun berjaya dalam kehidupan mereka...

itulah kenangan zaman persekolah yang Cik Sue tak pernah lupa.memang banyak pahit dan manisnya.kalau nak cerita nih memang tak habis,tapi cukuplah sampai takat nih jer kang En Ben tolak lak penyertaan Cik Sue...

Sunday, April 24, 2011

"Segmen Review Dalam Review Bersama Pembawa Wacana"

Wacanaku

wahhh..kali nih ternampak lak segmen dari Pembawa Wacana...ishhh..dah nak dekat tutup baru Cik Sue perasan nih...tapi masih berkesempatan nak join...so jom join ramai2 dengan klik jer banner kat atas tu...syarat penyertaan mudah jer...

bagitau la sikit kenapa nak direviw....
okey kenapa Cik Sue nak Pembawa Wacana review blog Cik Sue?salah satu sebabnya dah lama dah blog Cik Sue nih sepi tanpa direview...sebelum nih ada gak join beberapa segmen review..so dah adalah baru 1,2 blog yang review blog Cik Sue yang tak seberapa nih...paling best pernah juga direview oleh Puteri Katek a.k.a yang kini dah glamer macam En Ben dah...lagipun pada pendapat Cik Sue segmen review nih bagus gak..selain dapat tahu pendapat otai2 yang dah lama berblog nih dapat juga tambah kenalan...lagipun Cik Sue teringin gak nak tahu pendapat Pembawa Wacana tentang blog Cik Sue nih..dalam hati sebenarnya teringin nak blogger pemes macam En Ben review blog tak seberapa Cik Sue nih tapi apakan daya nasib belum menyebelahi Cik Sue lagi..dan lagi satu yang best tentang segman Pembawa Wacana nih selain dari blog kita direview kita jua berpeluang untuk review blog orang lain..haaa, jadi akan bertambah2 lah blogger yang datang review blog Cik Sue nih nanti hendaknya..jadi apa lagi korang jomlah kita join reramai..sempat lagi nih...segmen nih tutup tepat jam 12 tengah malam Isnin...okey selamat menreview blog Cik Sue dan selamat direview oleh Cik Sue.... =D

Saturday, April 23, 2011

weekend datang lagi..


weeee...weekend datang lagi...best...apa korang bosan???jomlah kita jalan2 mandi manda di air terjun Pertak..lokasi kat Kuala Kubu Baru...Cik Sue 1st time sampai kat sini...dulu pernah lalu jer masa nak ke Fraser Hill...so arini ada kesempatan boleh lah datang sini cuci2 mata dan segarkan minda...tempatnya cantik,segar jer mata memandang permandangan air terjun kat sini...cuma cam ada yang kurang lengkaplah bila di kawasan air terjun yang kebiasaannya menjadi tumpuan keluarga datang bercuti tidak disediakan tempat menyalin pakaian mahupun tandas...cam agak kejam jer kan???

Cik Sue memang tak berniat nak mandi pun, jadi takdelah mendatangkan masalah buat Cik Sue bila segala kemudahan tersebut tak disediakan namun Cik Sue tengok kebanyakkan pengujung yang datang terpaksa salin pakaian dalam kereta jer...ishhhh,kesian...udahlah dah basah2 lencun tu kena pulak salin baju dalam kereta...confirm tak selesa...sepatutnya majlis daerah Hulu Selangor beri perhatian tentang semua nih...lagipun tempat tu dikira sebagai daya tarikan untuk pelancong...lagipun Cik Sue tengok ramai pelancong luar singgah kat sini..yelah ada yang dalam perjalanan nak ke Fraser Hill jadi mereka singgah disini untuk berehat...jadi dengan lokasinya kat tepi jalan memudahkan mereka untuk singgah...tapi kalau takde semua kemudahan tu dah tentulah akan membantutkan niat pelancong2 dari luar untuk singgah betul tak???

tapi apapun Cik Sue tetap enjoy menikmati permandangan indah kat sini..jom2 tengok gambar sikit... =D

** posing dah tentu jadi acara wajib... =D



he3...tak mandi pun takpe janji dapat gak merasa kedinginan air kat situ..memang best...betapa indahnya ciptaan Ilahi...masa dalam perjalanan balik singgah lak bergambar kat tengah2 jalan nak ke sana...kat kawasan empangan air Hulu Selangor..perghhh memang luas empangan tu...tak tahu mana penghujungnya...dan ramai yang datang singgah memancing kat situ...jadi weekend Cik Sue kali nih sangat mendamaikan...weekend korang lak camner??mesti happening jugak kan....


jommm..kita ENJOY!!!!

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Santai Bersama BEN ASHAARI

wahhh..segmen lagi dihujung minggu nih...nak join?klik je banner kat atas tu yer..macam biasa lah...okey antara soalan yang patut dijawab...

1. Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog dan Siapakah sumber inspirasi anda ?
emm...pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Cik Sue terpengaruh untuk buat blog nih??klik SINI dia ni lah orang yang bertanggungjawab menyebabkan Cik Sue terjebak dalam dunia blog nih...seyesss,dulu2 memang tak reti nak berblog nih...dulu2 hanya pandai baca blog orang lain jer...dek kerana desakan dan hasutan pihak yang bertanggungjawab tu maka bila dah mula berblog nih boleh kata hari2 wajib nak masuk tengok blog walaupun tak update...kekadang tu masuk pun hanya dok belek2 dan baca n3 yang lepas2 jer....

dan sejak berblog nih juga FB Cik Sue dah mula bersawang dan basi...dulu jangan katalah hari2 duk update status kat FB..ari2 mesti masuk jenguk FB kalau tak chatting mesti main games...upload gambar tak yah cakaplah,pantang ada gambar terbaru mesti upload kat FB...sekarang sejak dah ada blog nih cuma rajin upload gambar kat n3 terbaru jer...kadang2 paling teruk berminggu2 tak jengah FB Cik Sue tu...

haaa..hebat kan penangan blog nih?sehari tak buka maca tak sempurna jer rasa...kalau dulu balik kerja buka lappy mesti on FB,tapi sekarang buka lappy mesti tengok blog dulu....mula2berblog dulu follower pun adalah 5 orang jer..sekarang dah hampir 3 bulan berblog dah ada 500++ follower dah...

sumber inspirsi Cik Sue untuk berblog???lelaki sulit nih la...memang berhantu betul setiap n3 beliau..makin dibaca makin syiokkk...bila ada jer n3 terbaru beliau pasti Cik Sue berkobar2 nak baca dan Cik Sue sentiasa mengimpikan yang Cik Sue boleh menghasilkan n3 terBAEKK macam lelaki sulit nih juga ...
dan juga blog En Ben sudah pasti sentiasa menjadi sumber inspirasi Cik Sue untuk berblog...

Friday, April 22, 2011

persiapan bermula,Cik Sue BZ lagi??


Assalamualaikum WBT...wah...dah jarang betul Cik Sue update blog yer...alamak dah ala2 bersawang...maaf yer korang...sibuk bebenor semenjak dua menjak nih...ermmm sabar jer lah...apapun Cik Sue tetap cuba luangkan masa BW kat blog kesayangan Cik Sue...walaupun hanya sekadar jengah dan tak sempat nak tinggal jejak...i'm so sorry..... =((

so arini ada kelapangan sedikit jadi sempatlah Cik Sue nak update...terkenang2 pulak masa mula berblog dulu rajin betul update..kekadang sehari sampai 2,3 n3...tapi tu tak bermakna Cik Sue dah give up nak berblog nih, cuma masa mula berblog tu Cik sue dalam mode cuti2 malaysia...tu yang boleh update sampai 2,3 n3 sehari..he3...jadi sekarang bila dah mula sibuk dengan kerja haa...camnie lah jadinya....apa nak buat kan...

citer pasal sibuk ni sekarang Cik Sue pun dah mula nak sibuk buat persiapan...alamak dah tak lama dah nih..lagi sebulan jer lagi...errr...satu apa pun tak ready lagi...emmm kena buat last minit jugaklah nampaknya..persiapan apa?jeng..jeng..jeng....tunggu June nanti yer..insyaAllah Cik Sue akan berkongsi citer gumbira nih..pening gak bila kena buat persediaan last2 minit nih..namun harap2 semuanya berjalan lancar...yang bestnya arini baru nak list apa yang nak dibeli,nak ditempah,nak disediakan...mau tak pening jap kepala nih...adehhh sabor jelah..apa nak buat dah Cik Sue nih sibukkkkkk je memanjang....

err..mintak diri dululah yer korang...nak sambung buat kira2 nih....tapi mata lak dah ngantuk...jiwa lak nak layan  DVD Hantu Kak Limah Balik Rumah...mana satu nak buat nih???


Tuesday, April 19, 2011

Bila Lelaki Membebel


lelaki membebel?jarang kan nak jumpa lelaki yang suka membebel...tapi kalau korang nak tau bila lelaki nih dah mula membebel aduhhhh kalah kaum wanita nih tau...dan paling tak boleh tahan bebelan nya tu sungguh terperinci...contohnya kalau kita lewat tiap saat dan minit tu dikiranya...tak percaya??betul...lagipun membebel,berleter nih dah sinonim dengan kau wanita..jadi bila lelaki membebel nih cam hairan bin ajaib lak rasanya...tapi kekadang ada gak terselit kebaikkan disebalik bebelan nih..

kalau perempuan membebel tu perkara biasa kan??yelah perempuan dan bebelan nih dah macam tak dapat dipisahkan...tapi bila lelaki membebel itu menunjukkan yang lelaki tu adalah dari golongan lelaki yang sangat teliti dan menitik beratkan apa saja perkara yang mungkin kita anggap remeh tapi peenting baginya dan mungkin juga dia adalah seorang lelaki yang sangat prihatin dan terlalu mengambil berat tentang pasangannya..sebab tu lah kalau pasangannya melakukan sedikit kesilapan pasti itu menjadi punca lelaki2 ini untuk mula membebel...

tapi pada Cik Sue biarlah Cik Sue dengar arwah mak berleter dari mendengar bakal ..... Cik Sue nih membebel...kenapa??aduhhh..bila si dia dah mula membebel otak Cik sue nih automatik jadi jem...lidah jadi kelu nak menjawab...errr...lagipun kang kalau menjawab kang dikatakan tak dengar cakap lak...lagipun nak kena belajar dengar cakap bakal .... he3...dan paling kureng syiokkk nya Cik Sue selalu menjadi mangsa bebelan si dia sebab selalu balik kerja lewat...adehhhh...apa nak buat tuntutan kerja Cik Sue nih makin hari makin bertimbun...nak tak nak terpaksa lah balik pukul 10pm atau 11pm..jadi boleh dikatakan hari2 ler kena dengar ceramah free sebab balik lewat...errr..terima je lah, mungkin ada sebab tertentu si dia membebel tu kot...namun kesimpulannya biarlah perempuan jer yang membebel, kerana bila lelaki membebel segala bebelannya tu tersangatlah detail dan panjang lebar...

so barulah Cik Sue faham perasaan mangsa2 bebelan nih..pedih wooo telinga mau dengar..he3 so jom kita sesama kurangkan membebel...kalau perlu pun membebel lah pada perkara2 yang penting dan berpatutan jer...membebel tu boleh cuma membebel lah pada kadar yang perlu sahaja...

permisi yer..sudah lewat,mau tidur sebelum kena bebel lagi... = D

Monday, April 18, 2011

Sunday, April 17, 2011

Kesilapan Gaya yg Harus Dielak Lelaki

Assalamualaikum WBT..selamat berhujung minggu korang..perghh mesti ada banyak n3 panassss arini pasal gathering kat Alamanda dengan En Ben arini kan??he3 my sis pun pergi..Cik Sue pun sepatutnya join sekali tapi oleh kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan maka tak jadi la join..kalau tak sure muka Cik Sue pun ada tertepek kat blog En Ben...takpe2 nanti kalau ada kesempatan boleh lah Cik Sue join pulak...
emm..alang2 dah terperap kat bilik jer arini so Cik Sue nak kongsi sikit tips berguna untuk lelaki2 diluar sana..
ala bukan nak memperlekehkan kaum lelaki tapi untuk manfaat korang gak kan??okey jom tengok apa gaya yang patut lelaki elakkan...

** macho dan bergaya kan?? =D
1. Menggenakan lebih dari satu wangian
okey mungkin ada setengah lelaki nih suka pada bau2an wangi nih...tu bagus tapi janganlah guna lebih dari satu wangian..kerana terlalu excited nak jumpa kekasih hati habis semua jenis perfume korang sembur...mak aihh tu bukan nak memikat lagi dah tu namanya nak menyeksa sistem penafasan kekasih korang...niat asal nak tampil hebat tapi tak sedar korang dah melakukan kesilapan...jadi sebaiknya gunalah perfume pada kadar perlu sahaja...yang perempuan pun sama tau..jangan duk sembur perfume berlebihan...kang ada lak yang pengsan sebab sesak nafas...

2. Malas merawat wajah
bukan perempuan jer yang kena merawat wajah, lelaki pun sama.takkalan korang nak biar wajah korang kusam,berminyak atau berjerawat hanya kerana korang seorang lelaki??ala tak salah pun lelaki pakai pencuci muka..untuk jaga penampilan korang gak..takde lah susah mana pun lepas cuci pakai pelembab..tak sampai 10 minit pun dah siap tau...korang mesti tak suka tengok muka kekasih korang kusam,berminyak dan penuh jerawat kan??jadi korang pun kenalah rajin merawat wajah korang gak wahai lelaki2 sekalian...

3. Biarkan kuku panjang dan kotor
ishhh..bab ni paling Cik Sue tak gemar...korang tak rasa geli ke bila tengok kuku korang yang panjang dan ada terselit kekotoran dicelah2 kuku korang tu??aduhai nak potong dan bersihkan kuku tu ambil masa tak sampai pun sejam...cuba letak sepuluh jari korang tu atas meja dan tumpukan pada nahagian kuku korang tu..kotor dan panjang tak??kalau yer tu bawak2 lah potong dan bersihkan yer...apa guna tampil macho dan hebt bergaya tapi aspek kebersihana tak dititik beratkan...

4. Bercukur sambil lewa
cuba korang perhatikan wajah korang kat cermin danlihat hasil cukuran korang..kemas tak??atau cukur sekadar sambil lewa jer?sebab nak cepat dan jimat korang hanya gunakan air sebagai pelembab untuk bercukur..apalah salahnya laburka sedikit wag untuk membeli pelembab untuk bercukur..selain memastikan cukuran korang lebih kemas dan rapi ianya juga dapat mengelakkan wajah anda dari mudah terluka ketika bercukur...ala,beli rokok mahal korang sanggp takkanlah beli pelembab utnuk bercukur korang tak mampu kot...

5. Bergaya dengan kaca mata hitam di waktu malam
tak ke pelik tu??kalau korang artis mungkinlah orang tak cakap apa...artis tu tujuan mereka pakai kaca mata hitam semasa show untuk elakkan rasa segan nak tengok kamera ataupun nak elak sinaran lampu spotlight...tapi kalau korang yang bukan artis pakai kaca mata hitam malam2 hari tak ke macam kureng sesuai jer...

6. Selesa denga bulu hidung panjang
eeee..sungguh mengelikan...nih lagi satu perkara yang perlu korang titik beratkan..masa2 sedang bercukur tu apa lah salahnya perhatikan sekali kalau2 ada yang dah terlebih menjalar keluar dari hidung korang tu...bawak2 lah gunting atau cabut ke...erkkk...sangat mengjengkelkan kalau dilihat oleh kekasih korang kan??
  
7. Salah memilih seluar jeans
pilih lah seluar jeans yang boleh menampakkkan korang lebih rugged namun bergaya..jangan main tangkap muat jer..bayangkan kalau korang bertubuh gempal tapi mengayakan skinny jeans??tak ke nampak kelakar tu...lagi satu janganlah pilih jeans yang dah terlalu lusuh sampai ianya kelihatan seperti dan bertahun tak berbasuh...tak macho dan bergaya dah tu tapi selekeh...

8. Gigi yang tak digosok 
yang ni lak dah banyak Cik Sue jumpa...tengok muka hensem,pakaian smart,macho, bergaya tapi bila senyum mak aihhh sebatu dah boleh nampak yang korang tak gosok gigi..lebih memalukan masih ada sisa2 saki baki makanan terlekat kat celah2 gigi korang...wooo..sangat memualkan...lagi satu pada yang merokok tu cubalah cari produk2 penjagaan gigi yang boleh mengelakkan gigi korang dari kuning hasil kesan nikotin dari asap rokok tu...kalau gigi korang besih tak mustahil ada yang jatuh hati hanya dek kerana senyuman korang yang menawan tu...

kalau ikutkan banyak lagi tips yang berguna untuk kaum lelaki nih Cik Sue nak kongsi tapi rasanya cukup yang ada ka tasa nih jer dulu..so sama2 lah korang praktikkan tips nih yer..tak salah berkorban masa sikit untuk diri korang gak..tak kan tak nak kelihatan macho,bergaya,menawan kat mata wanita2 di luar sana betul tak??
jadi renung2kan dan selamat mencuba... =D

Saturday, April 16, 2011

Hadis Rasullullah SAW Mengenai Wanita...


Sekadar buat renungan dan manfaat bersama arini Cik Sue suka nak kongsi hadis Rasullulah SAW tentang darjat kaum wanita..betapa beruntungnya kita dilahirkan menjadi wanita....
Terdapat beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disenaraikan di bawah ini.jom sama2 kita baca...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya". 

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab. 

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga. 

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

jadi marilah sama2 kita renungkan...Cik Sue bangga kerana Cik Sue seorang wanita...

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Santai Bersama BEN ASHAARI

jom kasik gegar lagi...cepat2 nak join klik jer banner kat atas tu...
gegar jangan tak gegar....grrrrrrrrrrrrrr....

Wednesday, April 13, 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH ..

Santai Bersama BEN ASHAARI

Assalamualaikum WBT...wahh dah lama rasanya Cik Sue tak berkesempatan nak join segmen En Ben...oklah malam ni nampaknya rezeki menyebelahi Cik Sue jadi confirmlah join..korang nak join klik jer banner kat atas tu...

1. Ceritakan segala segala kenangan pahit manis anda bersama ayah tersayang ... Tidak kurang dari 100 patah perkataan dalam 4 perenggan ..
kenangan Cik Sue bersama arwah abah terlalu banyak...kalau nak dikenangkan atau diceritakan kat sini rasanya 4 ari 4 malam pun belum tentu habis...kenangan yang paling tak dapat Cik Sue lupakan bersama arwah abah adalah semasa Cik Sue baru masuk tahun satu.masa tu arwah abah lah yang temankan Cik Sue masa hari pertama kat sekolah.selalunya kebanyakkan budak2 perempuan semuanya mak yang teman tapi Cik Sue pulak arwah abah yang temankan...dari mula seisi persekolahan sampailah habis seisi tu arwah abah setia menjadi peneman kat luar bilik darjah...sampai nak pergi tandas pun masa tu arwah abah yang temankan..
bila dah balik dari sekolah masa tu cikgu dah mula bagi kerja sekolah untuk disiapkan...balik dari sekolah lepas makan tengahari arwah abah lah yang ajar Cik Sue macam mana nak siapkan kerja sekolah tu... masa tu kan darjah satu jadi kerja sekolah yang cikgu bagi pun hanya suruh tulis ABC dan 123 kat buku latihan..
tapi dek kerana Cik Sue dah penat kat sekolah seharian jadi Cik Sue tertidur masa tengah buat kerja sekolah tu..sedar2 bangun dari tidur Cik Sue tengok kerja sekolah Cik Sue dah siap.terus lah cari abah dan tanya siapa yang tolong siapkan??arwah abah senyum jer...baiknya abah sanggup tolong siapkan kerja sekolah anak manjanya nih...semua tu jadi pendorong untuk Cik Sue tekun belajar...dan semua tu sudah pasti takkan pernah luput dalam ingatan Cik Sue...
teringat juga kenangan bila arwah abah sanggup bersusah payah mencari rezeki demi untuk menyekolahkan Cik Sue adik beradik..abah tak pernah mengeluh..waktu tu abah amik upah menoreh getah kat kebun getah milik orang..hasil jualan susu getah tu abah bahagi 2 dengan pemilik kebun..bayangkanlah masa tu harga getah sangat murah...tapi dengan hasil getah tu jugalah arwah abah berjaya memberi pendidikan pada kami adik beradik...
kalau nak di kenang memang terlalu banyak kenangan bersama arwah abah...walaupun arwah abah dah 7 tahun pergi meninggalkan kami adik beradik namun kenangan manis bersama arwah abah tak pernah Cik Sue lupakan...ABAH, sesungguhnya anakmu ini terlalu merindui belaian kasih sayangmu...Al Fatihah buat arwah abah, semoga roh nya di tempatkan bersama golongan yang beriman..amin..

2. Apakah cara terbaik mendidik anak kita di zaman yang penuh mencabar ini ?
cara nak mendidik anak dizaman yang serba mencabar nih ibu bapa perlu lebih tegas dan lebih kerap memantau pergaulan dan kebebasan anak2..ini adalah kerana anak2 sekarang lebih banyak terdedah kepada pengaruh yang kurang sihat..didikan agama juga perlulah diterapkan sejak awal kerana dengan didikan agama yang sempurna insyaAllah anak2 kita lebih bijak menilai dan memilih yang mana baik dan yang mana buruk..

Saturday, April 9, 2011

PENING!!!!


Assalamualaiikum WBT...weekend yang membosankan...mau tak bosan bila terpaksa masuk office gak...dah la secara paksa rela nih...kira cam kerja amal la...pening, memang minggu yang sesangat memeningkan dan memualkan..kerja yang makin melambak..bila mau surut daaaa????

sebenarnya Cik Sue tengah duk pening nih bukan apa, semalam ada sedikit khabar gembira dari pihak management...insyaAllah kalau takde apa2 aral Cik Sue bakal naik ke 1 peringkat lagi...tapi sedang dalam keadaan serba salah kerana Cik Sue tak pasti sama ada nak terima tawaran tu ke tak....kalau tak terima terasa macam satu kerugian la pulak...tapi kalau terima bermakna masa santai untuk diri Cik Sue akan makin berkurangan....mana yang patut Cik Sue pilih nih??pendapatan lebih,jawatan tinggi @ masa yang berkualiti untuk diri sendiri dan si dia??pening...pening....

tapi kalau diikutkan dengan jawatan sekarang pun Cik Sue tetap kekurangan masa berkualiti untuk diri sendiri..kerja tak yah cakap lah memang sentiasa tak pernah habis....cuma bila terima offer tu kesibukkan akan makin bertambah..masa yang tinggal makin tak berkualiti...owhh NO!!! yang mana satu nih, patut terima ke tak??tapi sebenarnya Cik Sue tak diberi pilihan pun untuk menolak offer tu..Cik Sue ada tanya pada pihak management kalau seandainya Cik Sue nak tolak offer tu boleh ke..nak tahu apa diaorang jawab??
NO...kecualilah Cik Sue resigned dalam masa terdekat nih..boleh gitu??jawabnya makin pening la Cik Sue..
tolong...mau Uphamol 650 nih...adoiii sakit kepala...

Thursday, April 7, 2011

maaf...


Maaf kerana Cik Sue banyak meyepi minggu nih...maaf sebab tak dapat nak lawat blog2 korang macam selalu..maaf sebab tak dapat nak buat kunjungan balas...maaf Cik Sue terlalu sibuk sepanjang bulan nih...aduhh manalah masa untuk diri ni bersantai...masuk office 8.30 pagi pukul 10 atau 11 malam baru la balik...mata Cik Sue pun dah ala2 mata panda dah nih...bilalah dapat balik siang2 hari nih???Cik Sue rindu masa santai Cik Sue itu....

maaf juga sebab ada sedikit masalah yang tak dapat dielakkan...charger lappy buat hal pulak dah...tak boleh nak charge bateri...adehhhh...lomah lutut den kalau sehari tak ngadap lappy nih...nih pun terpaksa taip lajuuuuuuuu2 takut bateri lappy abis punya pasal...bilalah ada kesempatan nak gi beli baru nih??masa nak tido pun dah takde inikan lagi masa nak jenjalan....uwaaaaa sedihnya....maaf kalau ada typo error sebab menaip lelajuuuu punya pasal...harap2 tak kena speed trap....

maaf yer korang...mana2 yang merindui Cik Sue tu (ada ke yg rindu nih??) teruskan lah merindu sebab Cik Sue juga amat merindui korang dan rindu nak BW cam selalu..mana2 yang selalu datang jengah tu Cik Sue sayanggggg korang....datang2 lah selalu...errrr walaupun n3 jarang nak update dah semenjak 2 menjak nih...tapi cuba gak sehabis baik utnuk update...huk3...maaf yer kalau masa korang datang ke teratak Cik Sue nih dah penuh dengan sawang2....silap2 ada spiderman lak yang tinggal....insyaallah akan cuba menyelesaikan permasalahan nih secepat mungkin cuma kesibukkan tu la yang tak berapa nak pasti bilalah dapat diselesaikan...macam nak RESIGN pun ada nih!!!tak suka bila beezeeee like a bee nih...uppss melalut panjang dah....mesti korang dah nyampah baca n3 melalut nih...apapun thanks a lot pada yang masih sudi dan setia menjadi pengunjung blog Cik Sue nih sambil2 datang tolong2 lah buang2 kan sawang tu yer...ahakS...
alamak!!!bateri lappy Cik Sue dah nyawa2 ikan...uwaaaa..... =((
permisi...

Kitaro Live in Genting


Assalamualaikum WBT....jom2 sape nak tengok konsert Kitaro Live @ Genting pada 16 April 2011 nih...cepat2 angkat angan korang setinggi yang mungkin...mana2 Cik Sue tak nampak pun yang angkat tangan nih...ada tak yang nak tengok nih?free lagi tu...cepat2 sebelum terlambat....
tapi.....
tiket free??alamak takde la....Cik Sue tengah duk try2 usha gak nih tapi memang tak dapek la nak menolongnyer...al maklumlah event artis international nih payah sikit nak dapat tiket free...
tak macam masa ABPBH aritu berkoyan2 tiket Cik Sue dapat di saat2 akhir...sampai dah tak tau nak bagi kat sape...jadi untuk konsert Kitaro nih kalau nak tengok free boleh tapi kena buat part time sebagai usher semasa konsert nih berlangsung....tu jer caranya..lain2 cara belum dapat Cik Sue fikirkan lagi..ha3...tapikan berbaloi gak apa, dapat tengok Kitaro secara live dan free pulak tu, lepas tu dapat lak income..
tak ke best tu??berminat???boleh cari Cik Sue yer sementara tawaran masih terbuka... =D

okey permisi duluan ya...mau istirehat..penat donggg..... =D

Monday, April 4, 2011

5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011

Denaihati
okey kali nih Cik Sue nak join pulak segmen anjuran Denai Hati nih...nampak macam best dan menarik jer kan...okey tujuan projek nih dianjurkan adalah untuk membina 1 jaringan blogger ataupun "NETWORKBLOGGER" yang besar disamping dapat mengeratkan hubungan sesama blogger dan juga boleh meningkatkan lagi trafik kat blog korang..haa, best kan..jomlah join ramai2..klik jer banner kat atas tu...okey jom tengok blog mana yang Cik Sue selalu lawati sepanjang tahun 2011 nih...jeng..jeng..jeng...

blog yang pertama - okey memang hari2 Cik Sue datang jengah blog nih...tuan blog nyer yang chumell,vouge,baik hati dan sangat senang untuk dibuat kawan...best masuk blog Chii nih macam2 petua dan tips untuk pasangan bercinta yang Chii paparkan..sampai orang panggil Chii dengan panggilan glamer Doktor Cinta...he3.. =D dan yang paling best dari blog jugalah keakraban hubungan antara Cik Sue dan Chii terjalin...
harap2 hubungan baik nih akan sentiasa berkekalan....

MUKA SURAT SULIT NAZ
blog yang kedua - yang nih yang kedua jadi peberet Cik Sue untuk datang jengah...blog Naz nih memang best..gaya penulisannya yang bersahaja dan menarik mampu memikat hati sesiapa saja...walaupun n3 yang Naz buat kelakar tapi diselitkan pelbagai unsur nasihat dan pengajaran...sehari tak masuk blog nih rasa cam tak lalu makan wooo...Naz memang best la..keep on blogging yer Naz...Cik Sue sentiasa menyokong Naz...

Sah dan Tak Sah
blog yang ketiga - blog nih memang best...banyak citer yang Khalis paparkan kat sini..macam2 cite yang pelik2..banyak perkara2 yang kita tak tahu boleh kita ketahui kat sini..Khalis nih cukup rajin update blog dia...1 hari dia boleh update berpuluh2 n3..fuhhh memang terBAEKKK la Khalis...teruskan update n3 banyak2 tiap hari yer, Cik Sue suka baca...keep on blogging yer Khalis...

Santai Bersama BEN ASHAARI
blog yang keempat - yang nih of coz la wajib Cik Sue masuk hari2..namapun Cik Sue nih hantu join segmen yang En Ben anjurkan..dan kalau korang nak tahu dari blog En Ben nih la Cik sue dapat ramai kawan dan kenalan..dari blog En Ben nih la Cik Sue dapat semangat untuk terus ber blog nih...dan dari sini juga Cik Sue dapat tips untuk mendapatkan trafik yang tinggi,tips untuk memikat hati blogger yang lain utnuk datang ke blog kita...memang berguna tips2 tu...insyaAllah akan sentiasa menyokong blog En Ben ni sampai bila2..
TERIMA KASIH EN BEN!!! =D

blog yang kelima - okey yang kelima jatuh pada blog nih..Faiz nama tuan blog nih...asal dari nogori...Faiz nih rajin betul datang blog Cik Sue...Cik Sue suka baca blog nih sebab Faiz nih rajin berkongsi apa saja cerita dengan blogger2 lain...seronok bila dapat kawan2 yang setia dan rajin support Cik Sue macam Faiz dalam dunia blog nih.Faiz selalu kata Cik Sue nih rajin join GA dan contest dan Faiz selalunya jadi orang yang pertama wish kat Cik Sue gud luck....thanks yer Faiz Cik Sue sangat menghargainya... =D

okey tu yang top 5 tapi ada lagi blog2 yang selalu Cik Sue lawati...sebenarnya banyak sangat kalau Cik Sue nak senaraikan kat sini mau 3 hari 3 malam tak habis....okey yang lain2 tu adalah....

mrs secretary
blog milik my sista...orang yang bertanggungjawab menjebakkan Cik Sue dalam dunia blog nih...thanks my dear sista syanggggg u lah... =D

teratak kasih milik my sweet lovely along....terjebak ke dunia blog atas hasutan adik2nya yg giler blogging...he3..along keep on blogging yer...jangan giveup... =D

blog milik Abg Mat Gebu...Cik Sue suka blog nih sebab boleh cuba pelbagai resepi yang Abg Mat Gebu kongsikan dalam blog beliau..dah la tu semua resepi beserta dengan gambar2 makanan yang sentiasa menggebukan selera anak tekak Cik Sue nih...memang best!!!

blog kak Melur Jelita yang Cik Sue sayang...Kak Melur nih rajin gak update n3 yang menarik kat blog dia..memang best la kalau nak baca...korang pun patut jenguk blog kak Melur yang jelita nih.. =D

blog nih lak Cik Sue suka jengah sebab Wan rajin buat tutorial untuk blogger camner nak bagi cantik blog kita..dan yang paling best Wan gak lah yang designkan template yang chumell utnuk blog Cik Sue nih..orangnya baik hati dan sabar melayan kerenah Cik Sue waktu tempah template dengan dia..korang yang berminat nak deco blog bolehlah jengah blog Wan nih..pasti hasilnya terBAEKKKK!!! =D

upsss...dah banyak nih..he3 tuan blog Denai Hati mintak 5 jer tapi Cik Sue bagi 10 pulak..he3 sorie yer...apapun sebenarnya semua blog Cik Sue suka dan selalu jengah kalau ada kesempatan dan blog2 korang semua memang the BEST!!!sayang korang banyak2 lah... =D

permisi yer Cik Sue mau layan Kuch2 Hota Hai nih...

perjalanan yg memenatkan...part 2



okey sambungan dari part 1...bila dah isi minyak tu tak leh gak start tiba2 dalam kepala Cik Sue nih dah duk fikir yang bukan2...yelah mana tak fikir bukan2 korang kalau dah pukul 2,3 pagi duk tersadai kat tengah hutan banat tu..duk dalam kereta tu sambil pejam mata jer..amik earphone sumbat telinga dengar lagu..nak buka mata pun teragak2 jer...pastu buka earphone terdengar lak anjing menyalak...perghhh..memang seram giler...
isshhh..apa nak buat nih??pejam mata paksa mata nih untuk tidur...walaupun sebenarnya dalam hati macam2 yang Cik Sue bayangkan...dipendekkan cerita pukul 6 pagi barulah bantuan yang sebenarnya bantuan datang..
tu pun selepas berhempas pulas cari line untuk buat call...fuhhh..lega bila tengok ada orang yang datang  tolong...

so akhirnya berkat usaha insan2 yang baik hati dapatlah Cik Sue pulang ke Genting dengan selamat bercampur penat yang teramat sangat..emmm nampaknya semua nih bakal menjadi kenangan yang memang Cik Sue tak dapat lupakan... =D

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Santai Bersama BEN ASHAARI

wahhh...segmen En Ben lagi ....cepat2 untuk join sila klik banner kat atas nih yer...
JOM KITA TERJAH....!!!!

bubbyeee Cik Sue nak pi tengok ABPBH secara live dari Arena of Star, Genting Highlands....

perjalanan yg memenatkan...


Assalamualaikum WBT...telah selamat sampai stelah bercuti2...seronok namun agak memenatkan..
okey citer pasal pertemuan dengan bakal MIL so far sangat2 okey...he3 lampu hijau sudah..tunggu jer undangan nanti yer korang....he3... =D

namun dalam keseronokkan tu ada peristiwa yang tak dapat Cik Sue lupakan....apa dia??kenalah baca n3 nih sampai habis yer...okey dah selesai acara di Kuala Kangsar Cik Sue pun gerak ke Penang...ingat2 lupa nih nak ke rumah abg Cik Sue kat sana nasib baik tak sesat.sampai2 kat sana camner ntah Cik Sue boleh terlupa pulak yang 2hb April adalah birthday anak buah Cik Sue...opsss sorry yer my nephew Muhammad Luqmanul Hakim apapun Happy Birthday yg ke-6 tahun...


** happy birthday Luqman... =D

selesai urusan di Penang tepat jam 8 malam Cik Sue bertolak balik untuk pulang ke Genting...perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Penang ke Genting Highlands lancar...biasalah jadi lambat sikit sebab drive malam2 nih mata selalu di goda oleh kengantukkan tahap terlampau jadi banyak kali berhenti di hentian untuk top up balik kelesuan mata...tapi nak dijadikkan cerita, sampai jer kat jalan Batang Kali - Genting Highlands ntah camner sedang Cik Sue duk syokkkkk layan mata ke sebelah pemandu tetiba si dia kata minyak kete abis..haaa????korang bayangkan lah dah la jalan tu gelap tambah2 lak time tu pukul 2.30 pagi...uwaaaaaa...Cik Sue memang nak nangis dah...nak marah si dia pun tak berbaloi sebab kereta dah tak boleh jalan pun...cuba gak tahan mana2 kereta yang lalu lalang kat situ tapi takde yg nak berhenti...try call kak long Cik Sue nak mintak tolong alamakkkk!!!line pulak takde....aduhhhh memang tercabar giler masa tu..marah,takut,seram,sedih semua ada...dalam hati tak putus berdoa Ya Allah bukanlah hati sesiapa yang lalu kat situ untuk bantu kami...alhamdulillah pukul 4 pagi ada seorang hamba Allah yang berhati mulia nih berhenti untuk bantu kami...so dipendekkan cerita pergilah beli minyak pastu patah balik kat kereta..dah siap isi minyak si dia start kunci...aduhai sekali lagi diuji kereta tak nak hidup....apa lah kami nak buat nih...orang yang tolong tadi dah pergi....macam mana nih????tiba-tiba........

sambungan?? kat next n3 yer..nak gi mandi jap lagi nak sambut kedatangan my sista kat Genting nih...
tunggu tau....=D


Friday, April 1, 2011

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Santai Bersama BEN ASHAARI

segmen dan segmen lagi...sempat gak join segmen nih sementara menunggu si dia datang jemput Cik Sue untuk memulakan perjalanan ke Kuala Kangsar nih...he3...jom klik banner ramai2 untuk join ok... =D

1. Sila beritahu kenapa anda tak suka ANONYMOUS ..
kenapa Cik Sue tak suka Anonymous nih??ala buat apa nak jadi pengecut kan??takat kutuk belakang2 siapa pun berani betul tak??kalau rasa kutukan tu membina dan kena pada tempatnya janganlah pakai Anonymous tu sebagai label untuk mengutuk dan mencaci maki orang lain...jangan berselindunglah..kalau berani kutuk secara terang-terangan..masa tu baru kita boleh tengok si Anon nih berani ke tak...

2. Pengalamanan  anda bersama ANONYMOUS.. Ceritakan ..
pengalaman Cik Sue dengan si Anon nih tak pernah la lagi mengalaminya..tapi pernah gak tengok ada antara blogger2 yang terkena..perghhh memang kaw2 si Anon nih kutuk..yelah dia berani pun sebab berselindung disebalik nama Anonymous tu jer...

3. Nasihat anda pada mereka yang gemar mencaci maki dalam blog ?
okey nasihat Cik Sue pada mereka2 yang mempunyai hobi mencaci maki orang lain dalam blog nih bawak2 la berTAUBAT sementara pintu taubat masih terbuka untuk korang..apa lah yang korang dapat dengan mengutuk orang lain?dapat dosa adalah..jadi silalah berubah sebelum terlambat yer...

pada blogger2 yang pernah mengalami situasi bersama Anonymous nih nasihat Cik Sue jangan jadikan kutukan mereka itu sebagai pelemah semangat kita kerana makin kita kuat makin lemahlah semangat si Anon nih...kecualilah dapat si Anon yang memang tak reti bahasa...