MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Sunday, March 20, 2011

Janganlah Buat Org Yg Mencintai Kamu Kecewa


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di  
hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapibaginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

hebatnya penangan CINTA kan korang??kredit to Fauzi Ishak..Cik Sue suka kata2 nih...korang camner lak??

layannnnn okey...zassssssss....

19 comments:

Puan Kutu said...

tu dia dasat..begitulah penangan cinta..:)

faiz said...

mmg...dasyat penangan cinta ye..nampak sgt takde org cinta saye...heheh

Cik Sue said...

puan kutu: pergghh..tulah dahsyat yer?? =D

Cik Sue said...

faiz: ada tu..belum jumpa jer lagi...
nnt dah ada beginilah dahsyatnya penangan cinta tu... =D

cik pulau said...

cinta itu buta..
buta itu meraba-meraba..
meraba-raba itu berdosa..
berdosa itu masuk neraka.

lalala~ ^^,

tetibe jekk..

nothing substantial said...

sebenarnya, pada saya lebih baik *cut* terus drpd berinteraksi dgn org yg meminati diri kita jika perasaan tersebut tidak mungkin dibalasi.

bukan apa, ini penting untuk mengelakkan peristiwa yang tidak diingini drpd berlaku.

seperti contoh, mungkin ade perempuan lain yg benar2 ingin mengahwini lelaki yg meminati awak. tapi, disebabkan permainan ini, bukan hanya peminat itu terseksa, malah perempuan yang jujur menyayanginya.

masa di universiti dulu saya amat berhati2 apabila berdepan dgn situasi begini. mungkin saya seronok berbual dgn seorang peminat wanita sedangkan seorang lelaki lain benar2 ingin mengahwininya.

tapi, kerana interaksi ini, wanita tersebut terus menolak lelaki lain yang ingin mendampinginya. dia mengharapkan yg mungkin satu hari hati saya akan berubah hati sedangkan saya tahu bahawa tidak mungkin kami bersama.

lebih baik buat dia kecewa sekarang daripada kecewa nanti. namun, kebanyakan rakan2 lebih suka melayan peminat2 dgn alasan 'janganlah buat org yang mencintai kamu kecewa'.

kenapa? sbb banyak kegunaan peminant ini. drpd top up free kepadalah barang2 berharga bila harijadi nanti. boleh jadi driver juga atau personal assistant utk menyiapkan assignment.

ikut hati saya pun akan buat perkara yg sama. namun, saya tidak sampai hati melihat pemuda2 lain hidup merana menunggu wanita yg meminati saya ini. maka saya hentikan! biar dia kecewa, mudah-mudahan jodohnya akan memberi dia kebahgiaan yg benar dan kekal.

Afufu said...

Baru lepas dikecewakan ;'(

mykhalis said...

semoga bukan cinta nafsu.. semoga yg ada cinta kasih di mana sentiasa ada rasa sayang dan rindu..

latest entry di blog khalis : memburu ikan paus guna tangan

Qamarul said...

ishhhh awak nie!!

kan saye dah tersenyum sorang2.. huhuhu :P

thx share yer..

naz said...

kadang tak sedar. ambil masa untuk jadikan iktibar:)

Cik Sue said...

cik pulau: cik sue suka kata2 tu... =D

Cik Sue said...

nothing substantial: thakns for the comment...suka cik sue baca... =D

Cik Sue said...

afufu: jgn sedey2 ye dear... =D

Cik Sue said...

khalis: mudahan bukan cinta nafsu...biarlah cinta yg berlandaskan ajaran agama... =D

Cik Sue said...

qamarul: he3..silakanlah senyum sorang2 yer awk...haaa,betul la tu kan?? =D

Cik Sue said...

naz: yup betul tu..kadang2 kita tak sedar apa yg jadi di sekeliling kita...jadikan sebagai pengajaran.. =D

chii said...

hurm..alangkah indah kan andai ada org yg mencitai diri kita... :)

Cik Sue said...

chii: yup betul tu..ku bahagia bak kata lagu melly goeslow... =D

mamawana said...

Cinta boleh di buat2, boleh dilakon lakon... cinta hipokrit bermaharajalela... berhati2 di jalanraya...heeeee