MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Wednesday, February 9, 2011

kau fikirlah....


kau fikirlah...status kau,situasi kau,keluarga kau perlu ke kau bersikap sebegitu??
kau fikirlah kisah silam kau,kisah duka yang kau lalui mesti ke kau lakukan pekara yang sama?? perkara pahit yang kau pernah alami tika dulu,yang menyiksa jiwa mu kini kau lakukan pada kaum senasibmu??
kau fikirlah logik ke kata2 manis yang ditaburi olehnya, boleh dipercayai ke janji2 yang disemai??kau fikirlah berapa lamakah kau mengenalinya sehingga dengan mudah kau mempercayainya??
kau fikirlah baik buruk disebalik semuanya ni...kau fikirlah adakah status kau membuatkan kau menjadi begitu terdesak??kau fikirlah adakah semudah menekan butang delete kau boleh padamkan semua kisah sedih itu dari ingatan kau??kau fikirlah disebalik kejadian itu tidakkah kau merasa serik??

kau fikirlah nasihat2 yang pernah kau dengari dari keluarga2 mu yang menyayangi dirimu..dari keluargamu yang memahami kesusahan,kepayahan,kesedihan yang kau lalui satu ketika dulu...
kau fikirlah siapa yang selalu bersama kau disaat kau berduka dulu??kau fikirlah antara dosa dan pahala...antara keperluan dan kehendak mana yang lebih penting??kau fikirlah apakah cara untuk membahagiakan dirimu..kau fikirlah apa yang patut kau lakukan untuk merubah hidupmu...
bukan keseronokkan untuk diri sendiri yang perlu kau utamakan kini..bukan kepuasan diri yang patut kau penuhi, bukan semua ni yang kau perlukan...carilah gembira yang berkekalan, bahagia yang berpanjangan..
itu yang paling kau perlukan...bukan kata2 dan janji2 palsu itu yang kau perlukan...kau perlukan ruang dalam diri kau...ruang untuk kau berfikir....
kau fikirlah...kerana aku hanya sekadar mampu mengingatkan sebelum kau terlupa....

No comments: