MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Tuesday, February 22, 2011

bantuan anda diperlukan...

aku terpanggil nak buat n3 tentang jejaka yang malang namun berhati yang sangat tabah ini atas dasar perikemanusiaan...mungkin aku tak mampu nak limpahkan wang ringgit untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh dia tapi aku rasa masih ada cara lain yang aku boleh gunakan untuk membantu dia..
aku rasa korang mesti ada tengok kisah mengenai Hairuman Miskon kan?tak kenal siapa dia??dia adalah insan biasa seperti kita juga namun nasib dia mungkin tak sebaik nasib kita...kalau korang pernah tengok rancangan Bersamamu kat TV3 atau rancangan Talian Hayat kat NTV7 korang pasti tau siapakah Hairuman Miskon nih...

** gambar sumber dari Harian Metro...

okey pada yang tak tau kisah tentang Hairuman nih meh la bagi skit info kat korang..Hairuman ni sebenarnya adalah mangsa renjatan kabel elektrik pada 26 November 2010 yang lalu..Kejadian berlaku ketika Hairuman mengambil upah mengait kelapa sawit milik jirannya di ladang sawit Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang.
akibat dari kejadian itu Hairuman yang dulunya seorang jejaka yang diharapkan untuk membantu menyara keluarga, kini terpaksa menjalani kehidupan sebagai OKU bila mana kedua belah tangannya terpaksa dipotong sehingga ke paras siku dan juga kaki kirinya..ini disebabkan oleh kedua belah tangan dan kaki kiri Hairuman sudah tidak dapat berfungsi dan diselamatkan lagi akibat renjatan elektrik bervoltan tinggi tu...aku sendiri pun seram sejuk bila tengok kat tv keadaan kecederaan dia..

korang bayangkanlah pada usia 23 tahun dia terpaksa kehilangan anggota tubuh badan dan seterusnya menjadikan beliau seorang insan yang terpaksa hidup mengharapkan belas kasihan masyarakat setempat..
kalau aku di tempat dia pun belum tentu aku dapat menerima hakikat yang sebegitu...bikan calang2 orang mampu menempuh dugaan sebesar nih kan??tapi aku kagum dengan semangat beliau,masih mampu tersenyum menyembunyikan kedukaan hati..

moral of the n3 janganlah kita rasa diri kita nih yang paling malang kalau berdepan dengan sesuatu musibah kerana mungkin ada insan yang menerima musibah yang lebih teruk dari kita...ujian dari Allah tu bukan untuk menyusahkan kita tapi untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dalam menempuhi onak ranjau kehidupan nih..so para2 blogger sekalian andai ada yang bermurah hati nak membantu Hairuman nih atas dasar perikemanusiaan sumbangan bolehlah di salurkan kepada :

MARYUNI MISKON
ACCT MAYBANK : 1620 3068 2448
ACCT CIMB : 1257 000020 3529

n3 ni atas rasa dasar perikemanusiaan sahaja bukan sebab aku nih sedara mara Hairuman nih ke...aku sendiri pun tak kenal dia...kalau tak nak bantu pun takpe aku pun tak paksa...jadi pada yang nak membantu tu hulurkan tangan ringankan beban..ewaaahhhh dah macam rancangan Bersamamu pulak..

okey kengkawan..renung2kan dan selamat membantu...
tumpang lalu yer...nak mintak diri dulu...

No comments: