MUKA SURAT SULIT NAZ

terbaik dari Mas Saari...

Monday, February 28, 2011

bengang!!!!


arghhhhh...kebengangan tahap maksima!!!memang aku bengang giler dengan management company aku nih...
seyessss memang tak dapat di bendung lagi....dan aku rasa kebengangan aku nih bertempat dan kena pada apa yang aku bengangkan sekarang nih...
(korang bayangkan la muka kartun nih dah jadi ala2 muka aku..)

cuba korang fikir patut ke tak patut la apa2 deduction untuk salary tak kisah lah berkaitan dengan excess medical expenses ke,lain2 expenses atau lain2 deduction sepatutnya tuan empunya diri mestilah mengetahui dan bersetuju dengan deduction yang bakal dibuat betul tak??at least tuan empunya diri di beritahu terlebih dahulu betul tak korang??ni tak,tau2 bila tengok payslip ada deduction yang macam pakai magik pulak timbulnya...

takde hitam putih,surat menyurat tetiba muncul jer deduction yang agak mengejutkan dan rasanya kalau tuan empunya badan ada sakit jantung sah2 time tu gak outnya!!!!dan yang paling tak sedap nak aku sebut nih perkara ni jadi kat aku sendiri..patut ke korang rasa???
memanglah aku tau apa2 sajer excess medical terpaksa ditanggung oleh tuan empunya badan melalui potongan gaji tetapi yang menjadi persoalan aku sekarang nih ialah kenapa tuan empunya badan tidak diberitahu terlebih dahulu??ehhh...gaji aku hak aku la kan nak tahu apa2 potongan yang company nak buat..betul tak??kalau korang  kat tempat aku pun mesti korang sependapat dengan aku gak...

aloooo...encik kasi lah aku black & white apa potongan dikenakan untuk gaji aku yang akan datang dan banyak mana potongan tu, aku pun ada gak budget aku tersendiri...jangan nak main sesedap rasa mak,bapak tiri laki mak engkau jer nak potong!!nih dah macam along jer aku tengok...suka2 nak potong gaji orang tanpa diberitahu...ehhh..agak2 lah kalau gaji kau tu aku potong sesuka ati kau tak hangin ke??mana punya undang2 lah kau pakai nih...adehhhh...memang menyirap giler aku..darah dah naik ke muka dah nih....ni yang buat aku rasa nak letak jawatan doplohpat jam nih!!!!

seyesss aku cakap kat korang inilah kali pertama dan terakhir aku guna benefit yang company aku bagi untuk rawatan perubatan...kalau macam nilah caranya dari aku sihat pun boleh jadi sakit balik..yelah SAKIT HATI!!!lagi teruk dari sakit yang aku rasa sebelum nih....uishhh sabor jer lah..tapi seyesss memang aku tak puas ati yang teramat sangat...korang tau tak kat mana aku boleh buat aduan rakyat nih????arghhhhh!!!!!

chiowww la mau duk dalam peti sejuk kasi hati ku yang panas nih dingin skit....





Sunday, February 27, 2011

cuti dan cuti lagi...


Assalamualaikum korang....upssss sori la dah lama tak hapdet..he3..alah tenet Cik Sue nilah cam biasa kelembapannya dah tahap kura2...kaco jer...errr..ada ke yang rindu kat Cik Sue nih?? 
(alamak!!perasan pulak Cik Sue...)

errrr,,ni short n3 jer la...mau kasi tau Cik Sue bercuti panjang bermula minggu lepas hingga pertengahan
bulan March nanti...weeehuuuuu...syiokkkk dah macam2 aktiviti dah terpahat dalam pale otak Cik Sue nih..
tapi dalam seronok tu ada gak yang tak seronoknya...Cik Sue cuti nih ada sebab....sebab apa??
sebab ni lah...klik sini kira cuti bersebab la..kalau tak jangan2 kau jangan bermimpi (nyanyi ala2 lagu Sarah Raisuddin yer) nak dapat cuti panjang camnie uolls..
apa2pun doakan Cik Sue cepat sembuh yer...sayang korang laaa.... =D

tataaaaa...Cik Sue nak sambung bermimpi di siang hari yer....he3...

Thursday, February 24, 2011

ehh, tak lama dah....



ehhh...sedar tak sedar dah nak habis bulan February kan...kejap jer kan...pejam,celik,pejam ,celik 
(nasib baik tak pejam terus tak celik2...nauzubillah...) dah nak masuk March...yelah mau tak kejap bulan paling sikit harinya dari bulan2 yang lain...
March??wah nilah yang dinanti2 oleh Cik Sue ni...isshhh...tak lama dah...adehhh..berdebor rasanya...bagai nak luruh jantung nih...dup..dap..dup..dap... (bunyi jantungku...)

macam2 perancangan dah dalam pale aku nih...ishhhh..kalau nak list kat sini tak muat rasanya...mau nya tak,kang aku list kat sini mesti panjang menjela..kalahkan surat2 cinta zaman sekolah dolu2....takpe2 sila bertenang yer Cik Sue...tak lama dah tu habih jer February nih tinggal 31 hari jer lagi...pastu menjelmalah hari yang dinanti2....pastu boleh la nyanyi2,suka-suki yer...yabedabeduuu...
heran nape Cik Sue suka hati??mau tak suka, nak dapat nih....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


haaaa...jangan jeles korang...nilah kelebihan company aku nih...ehhhh..silap company tempat aku kerja nih... orang lain dapat bonus sekali jer setiap hujung tahun tapi company tempat aku kerja ni terlebih baik skit bab bonus nih so every year kami seluruh wargakerja akan mendapat bonus sebanyak 2 kali you!!!nih entitlement untuk bonus last year okey...bukan untuk this year...amacam baik tak bos2 aku???jadi end March nih silalah lihat bahawasanya Cik Sue akan senyum sampai ke telinga la jawabnya...nak Cik Sue belanja??bolehhhh tapi tunggu 2011 punya bonus entitlement yer...he3 =D

okey, permisi duluan ya nak buat kira2 nih apa mau buat dengan bonus Cik Sue tu....





Wednesday, February 23, 2011

luka lama berdarah kembali...

melalui hari nih dengan kepenatan dan kecewa....
seyesss memang  kecewa namun pasrah atas ketentuan Ilahi..
nape Cik Sue kecewa??klik sini dulu baru tau nape..



dah buang tapi ia kembali terjadi....patutlah sakit sangat aku rasa
2 minggu kebelakangan nih...namun tak boleh nak putus asa...pasti ada penawarnya nanti...insyaAllah...
sabarlah Cik Sue...tiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.....

AMIN...


Tuesday, February 22, 2011

untuk kengkawan sajer....


okey ni n3 promosi ada tak sesape nak datang bercuti,ber hunny madu di Genting Highlands Kota Keriangan nih???ada tak??ada tak???kalau ada silalah angkat tangan anda tinggi2 yer...nak tau sebab apa??sebab Cik Sue nak bagi tawaran yang mungkin korang tak dapat selama nih... (ye ker??) atau mungkin yang dah pernah dapat tu tak yah la angkat tangan kan...sesape nak datang bercuti atau datang menghilangkan stress di Kota Keriangan nih boleh la contact Cik Sue....sebab apa nak contact Cik Sue???sebab Cik Sue nak bagi korang discount..suka tak???tak suka???tak suka takpe...Cik Sue jemput pada yang suka jer...yang tak suka tu cepat klik butang pangkah kat atas sebelah kanan tu yer...

okey untuk yang suka tu boleh jer inform tarikh,masa bila korang nak datang tu kat Cik Sue...tapi mestilah bagitahu awal sekurang2nya seminggu atau 2 minggu sebelum korang datang..yelah kang korang bagitahu last minit kang kena pulak Cik Sue cuti melopong lah korang jawabnya...discount nih hanya untuk masuk taman tema jer yer korang..bagi yang nak menginap kat Genting nih hotel tu tak dapek la Cik Sue nak bagi discount sebab discount hotel tu hanya valid untuk ahli keluarga sahaja..berapa % discount??owhh..taklah banyak sangat 50% discount  jer...tapi agak berbaloi lah berbanding kalau korang beli tiket sebelum discount tau...

syarat nak dapat discount nih???takde syarat pun....ni pun kalau korang nak la...tak nak takpe...Cik Sue tak rugi dan tak untung apa2 pun...ni sekadar nak berkongsi dengan korang jer...so pada yang berminat boleh email kat Cik Sue detail tarikh dan masa korang nak datang kat sini suezana80@gmail.com dan kalau boleh tinggallah contact number sekali senang Cik Sue nak contact korang bila korang dah sampai Genting nih kalau tak lagu mana nak kasik korang discount...berapa ramai yang layak dapat discount??ikut korang lah berapa ramai pun..cuma janganlah korang ajak satu kampung pulak..pengsan Cik Sue nanti......

okey...tataaaa...

bantuan anda diperlukan...

aku terpanggil nak buat n3 tentang jejaka yang malang namun berhati yang sangat tabah ini atas dasar perikemanusiaan...mungkin aku tak mampu nak limpahkan wang ringgit untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh dia tapi aku rasa masih ada cara lain yang aku boleh gunakan untuk membantu dia..
aku rasa korang mesti ada tengok kisah mengenai Hairuman Miskon kan?tak kenal siapa dia??dia adalah insan biasa seperti kita juga namun nasib dia mungkin tak sebaik nasib kita...kalau korang pernah tengok rancangan Bersamamu kat TV3 atau rancangan Talian Hayat kat NTV7 korang pasti tau siapakah Hairuman Miskon nih...

** gambar sumber dari Harian Metro...

okey pada yang tak tau kisah tentang Hairuman nih meh la bagi skit info kat korang..Hairuman ni sebenarnya adalah mangsa renjatan kabel elektrik pada 26 November 2010 yang lalu..Kejadian berlaku ketika Hairuman mengambil upah mengait kelapa sawit milik jirannya di ladang sawit Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang.
akibat dari kejadian itu Hairuman yang dulunya seorang jejaka yang diharapkan untuk membantu menyara keluarga, kini terpaksa menjalani kehidupan sebagai OKU bila mana kedua belah tangannya terpaksa dipotong sehingga ke paras siku dan juga kaki kirinya..ini disebabkan oleh kedua belah tangan dan kaki kiri Hairuman sudah tidak dapat berfungsi dan diselamatkan lagi akibat renjatan elektrik bervoltan tinggi tu...aku sendiri pun seram sejuk bila tengok kat tv keadaan kecederaan dia..

korang bayangkanlah pada usia 23 tahun dia terpaksa kehilangan anggota tubuh badan dan seterusnya menjadikan beliau seorang insan yang terpaksa hidup mengharapkan belas kasihan masyarakat setempat..
kalau aku di tempat dia pun belum tentu aku dapat menerima hakikat yang sebegitu...bikan calang2 orang mampu menempuh dugaan sebesar nih kan??tapi aku kagum dengan semangat beliau,masih mampu tersenyum menyembunyikan kedukaan hati..

moral of the n3 janganlah kita rasa diri kita nih yang paling malang kalau berdepan dengan sesuatu musibah kerana mungkin ada insan yang menerima musibah yang lebih teruk dari kita...ujian dari Allah tu bukan untuk menyusahkan kita tapi untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dalam menempuhi onak ranjau kehidupan nih..so para2 blogger sekalian andai ada yang bermurah hati nak membantu Hairuman nih atas dasar perikemanusiaan sumbangan bolehlah di salurkan kepada :

MARYUNI MISKON
ACCT MAYBANK : 1620 3068 2448
ACCT CIMB : 1257 000020 3529

n3 ni atas rasa dasar perikemanusiaan sahaja bukan sebab aku nih sedara mara Hairuman nih ke...aku sendiri pun tak kenal dia...kalau tak nak bantu pun takpe aku pun tak paksa...jadi pada yang nak membantu tu hulurkan tangan ringankan beban..ewaaahhhh dah macam rancangan Bersamamu pulak..

okey kengkawan..renung2kan dan selamat membantu...
tumpang lalu yer...nak mintak diri dulu...

my 1st lunch date with......

he3 ari yang sangat bahagia arinih...bangun tido pun awal..siap2,mandi2,makeup2 bagi chomell...ha3.. 
(statement perasan lebih..) nak tau pasal apa??
aku ada lunch date!!!weeee...dengan sape???jeng..jeng..jeng...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaaa...

** haaa..kenal tak apa nih??


nilah cinta hati saya yang terbaru...Mr Quaker Oats...kekasih diet ku....muahahaha...bikin suspen jer kan?
hehehe..maka dengan ini aku mengisytiharkan Mr Quaker nih dah jadi teman hidupku...al maklumlah aku kan dah terpegang title Cik Sue yang chubby dan terlebih sihat...maka Mr Nasi & Mr Fast Food terpaksalah aku reject lamaran korang...sila jangan kecewa yer kerana berkemungkinan 1 ari nanti kita akan kembali bersama Mr Nasi & Mr Fast Food...he3...

jadi kalau dah aku bertemankan Mr Quaker nih jer of coz ler cik anak tekak kesayangan aku nih tak mampu menelan nya dengan penuh kasih sayang kan??maka untuk mewujudkan rasa cinta yang lebih mendalam terhadap Mr Quaker my new Mr Right tu aku terpaksa memadukan Mr Quaker ku itu bersama-sama.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



weeee...inilah dia madu Mr Quaker aku, Mr Sup...hahaha..nilah rahsia nak menambah rasa cinta anak tekak kesayangan aku nih..kalau tak rasanya tak tertelan kot...err...maklumlah rupa Mr Quaker tu tak lah seindah rasanya kalau dimakan begitu saja...maka terpaksalah aku cipta resepi cinta ini untuk mengeratkan kasih sayang aku terhadapnya....dan dengan rasminya dinobatkan cinta hati anak tekak saya yang terkini lagi sensasi...

** cinta hati saya ~ Mushroom Sup + Oats...

maka selamat berbahagia diucapkan kepada aku dan juga selamat menempuhi hidup baru disamping kekasih2 terbaru ku ini...sila setia yer wahai Cik Sue...pssstt...lagipun oats tu baik untuk jantung tau...
tolong jangan cuba tergoda dengan godaan Mr Fast Food itu...kalau tak title chubby tu akan menjadi milikmu selamanya...sila semat dalam hati sedapnyaaaa oats nih...sedap lagi dari KFC,McD dan yang sewaktu denganya...huk3....okeylah korang wish me luck yer...

selamat ber DIET Cik Sue...
tataaaaaa...mau sambung berchenta bersama Mr Quaker ku itu...





Monday, February 21, 2011

cool with sunglass!


okey my sis tag aku kat contest nih...maka kerana aku nih memang suka sunglasses jadi diumumkan dengan gedikss nyer aku nak join...he3..korang pun nak join??mari ramai2 klik sini
ini pic cool aku

*
*
*
*
*

** cool kan?? =D
maka aku dengan berbesar hati tag kengkawanku ini..
*
*
*
bb & chii
all the best!!!


gemukkah aku??

minggu yang agak stress...pantang aku berselisih dengan orang mesti diaorang kata aku dah gemuk...
gemuk kah aku??oh no!!!dah puas belek depan cermin nih,errrr...takdelah gemuk pun...
chubby & sihat sket jer..
muahahahaha..mau gak guna ayat yang dapat sedapkan hati sendiri...tapi yelah aku dah nampak chubby..aku rasa la kot.... 
(tetap tak mau ngaku dan tak mau guna perkataan gemuk tu okey...)

rasanyer aritu lepas discharged dari wad sebulan lebih yang lalu ramai yang kata aku dah kering...takkan cepat sangat aku jadi chubby nih...cuba tengok pic aku snap semalam nih dan pic sebulan yang lalu....

** nih pic yg aku snap semalam...chubby ke??tak kan... =D

** okey nih pulak pic sebulan dua yang lalu...any different???

ada sesiapa boleh kesan any different between this 2 pictures??
kalau ada cepat2 kasik tau saya ek...tang mana yang chubby tu mau tau skit...pssstt..errr, kalau berselisih dengan saya jangan cakap saya gemuk tau...tapi cakap saya nampak chubby & sihat la!! 
baru merdu skit saya dengar..he3..okey2,cepat tengok apa perbezaannya yer...

ibu2,bapak2..permisi ya!!



Sunday, February 20, 2011

tenet...owhhh..tenet...

sejak dari tadi + semalam + semalam dulu +semalam dulu2 kalau aku connect jer kat tenet mesti aku nampak muka dia nih jer....


haaaa....tak ke sakit hati aku???kalau kuar muka En Ben takpe jugak...sedap juga mata aku memandang...
(upsss..ke lain sudah..maap la En Ben kerana telah berjaya menambahkan ke "pemesan" En Ben buat ke sekian kalinya disini...he3..)

so,kalau dah kuar menatang tu makanya aku terpaksalah reconnect balik tenet aku nih...tapi yang heran nya aku bayar bil tiap2 bulan tepat pada waktunya...nak kata tertunggak tak pernah walau sekali..jadi yang menambahkan musykil kat pale aku nih connection tenet aku nih pulak yang tertunggak dari sehari ke tiga,empat hari nih....MAXIS silalah ambil tindakan tentang aduan rakyat nih...
korang tengok lah dia punya statik connection dia dah macam statik orang sakit jantung nak ke laut jer..

** tu nampak tak bulat merah tu..tengah nak masuk blog En Ben tu...kacau daun betul!!grrr....

memang bikin aku panassss malam nih padahal genting nih sejuk jer cam selalu...mau tak panas, nak blogwalking pun jadi takde mood kalau lagu nih....aduhai MAXIS lagu apa la hang nak supaya tenet aku nih boleh pulih dari penyakit kroniknya nih??cuba habaq mai skit...cemuihhh dah cheq lagu nih....
tapi tengah duk hangat tu nasib baik ini datang menyejukkan hati ku...

*
*
*
*
*

** harap maap kualiti gambar kurang memuaskan...sila betulkan area TV anda... =D

haaa...korang nampak tak???nampak tak??apa??tak nampak??ishhh..menurut firasat nujum pak belalang sape2 yang tak nampak tu dia malas mandi pagi...haaa..mesti korang dah nampakkan??
hoooyeahhhh...aku telah berjaya mempromosikan blog syok sendiri aku nih kat segmen En Ben...
gracias..gracias En Ben Ashaari kerana telah membuatkan blog syok sendiri aku nih pemes...
muahahaha... (gelak takbur..) walaupun segmen yang sebelum nih aku tak sempat nak join, 
(pasal masa tu aku duk zaman batu) tapi kali nih nasib aku baik...
pemes weih pemes... 
(lihatlah orang kampung!!hahahaha....)

okeylah, memandangkan tenet aku nih dah makin mencabar keimanan dan ketaqwaan aku sebagai tuannya maka dengan ini aku rasa baiklah aku tido jer...takut2 kang aku tercampak pulak broadband aku nih ke gaung yang berhampiran...kang tak pasal2 berpindah rumah pulak broadband aku nih...aku gak yang susah nanti...
jadi...
permisi ya....selamat malam sayang...selamat malam kasih...
(bak kata Faizal Tahir...)




Saturday, February 19, 2011

Segmen 2 dalam 1 : Khas buat blog < 100 dan > 1500

BEN ASHAARI

haaaa..jom2 join..keh3..kelakar plak rasa sebab aritu nak join tak dapat pasal ketinggalan keretapi..
hoooyeeahhh!!! kali nih dapat join pasal dah lebih lapan ploh kali blogwalking kat blog En Ben...hinggalah ke saat En Ben publishkan segmen nih...
cepat2..sape yang belum berkesempatan nak join tu meh la join..klik sini tau!!jangan tak klik pulopsss...
saya dah join anda bila lagi???
okey dah..nak sambung BW...
chiowww...

Friday, February 18, 2011

promosi.....promosi....


banyak betul yang aku tengok duk promosi blog diaorang...aku jer yang tak reti2 nak promosi blog sendiri..
orang semua sibuk duk join segmen Ben Ashaari..pastu traffic tak yah katalah..meletop2 kau...tapi traffic blog aku macam nak menuju jalan mati... (tak sesak derrr...)
aku punyalah ketinggalan zaman (ngalahkan orang duk zaman batu) sampai segmen tajaan en Ben tu abih baru la aku duk sibuk nak baca...adehhhh....ketinggalan sungguh aku...

tapi...takpelah aku buat blog ni pun bukan nak lawan RedMummy,jauh sekali nak jadi blogger juta2...
(ilmu belum cukup daaa...)
aku terbabit dalam dunia blog ni pun atas hasutan my sis kalau tak sampai sudah aku tak ber'blogging' cam sekarang nih....

memula buat blog ni pun sebab suka2 jer,dah lelama jadi cam satu kewajipan pulak nak buat n3..
biasalah n3 aku semua n3 syok sendiri,n3 kisah kehidupan aku dan kisah yang terjadi disekeliling aku jer...kalau ada yang boring tu sila2kanlah tak yah baca yer...dan kalau dah nyampah tahap maksima tu anda adalah dilarang sama sekali untuk menjengah mahupun menjeling kat blog aku nih...
(sebab aku takut mata korang juling sebab banyak sangat menjeling..)

teringat lak mula2 blog aku nih dilahirkan...tak yah citer la poyo giler..al maklumlah tak pandai lagi...
tapi kini walaupun baru berusia sebulan,blog aku dah ada kemajuaan.. (majulah sangat..)
paling maju adalah header blog aku nih...
*
*
*
*
*



tadaaaaa...chomellll kan??cam aku gak....hahahaha...
million thanks to Wan Hazel sebab hasilkan header yang chomelll se chomell aku untuk blog kesayangan aku nih dan thanks jugak sebab sabar melayan kerenah aku yang banyak songeh masa tempah header ni yer Wan... =D

gracias..gracias...




playboy kah???



raban sungguh tajuk n3 petang2 hari nih...seperti rabannyer aku mendengar ayat2 playboy tidak berkelayakkan tadi...bukan mau terpedaya tapi mau GELAK!!!kah..kah..kah...aduhai..guling2 aku gelak dengar ayat playboy tak jadi nih atau playboy yang belum boleh pegang title playboy a.k.a playboy takde sijil...muahahahaha....
(dah2 sudah2 la gelak tu kang mati jiwa pulak terlebih gelak....nauzubillah..)

back to the story,korang pernah ke dengar orang yang lupa letak phone dia kat mana & hilang sampai berminggu silap2 nak masuk bertahun tak jumpa??yang best talian phone itu masih aktif dari memula ia hilang hingga lah ke saat n3 ini ditulis...rasanya dekat nak sebulan dah kot??(ke lebih sebulan dah??) perghhh,hebat..mau tanya itu owner phone, sedara pakai bateri cap apa??energizer ke??tu pasai bateri dia tak abih2 walaupun dah berminggu tak di cas upsss!!pembetulan..pembetulan...berbulan ehh..bertahun tak di cas??
errr..lagi mau tanya sedara beli kat mana phone tu??teringin teman nak beli 1,maunya idok boleh jimat bil letrik kat rumah teman camgitu..pakai la lama mana bateri tak abih wooo...

isshhh..lazer benor yer mulut teman...takdelah kan kalau difikir dari segi akal fikiran yang waras lagi logik boleh ke korang ketegorikan situasi yang berlaku kat sedara tu sebagai kisah benar atau kisah dongeng semata2??
cuba korang fikir katakanlah phone tu hilang dicuri orang pasti si pencuri dah lama sah2 tukar nombor lain kan??dan dah sah2 nombor phone si pemilik tu dah tak aktif..kan??tu kalau ikut pemikiran orang yang waras la....
tapi.....
 ni pulak kalau ikut pemikiran orang yang tak waras dan hidup di alam fantasi..phone tu tersalah letak dan di kategorikan sebagai hilang yang saje2 di buat hilang...(korang faham tak ayat aku nih??alaa,kira tak hilang tapi saje kaborkan hilang..) lepas tu bila sang kekasihnya bertanya...jeng..jeng..jeng...

kekasih: nape saya call awak tak jawab??
 maka terkeluarlah ayat2 cinta yang kelakor nih...
playboy: phone saya tak tau lah mana saya letak....dah berBULAN saya cari nih..
haahh...rasa2 korang kekasih percaya tak??
kekasih: ye ker??patutlah saya call awak berRIBU-RIBAN kali takde orang jawab...
playboy: tulah saya dah puas fikir saya letak mana phone saya tu awak...
kekasih: ada orang curi ke awak??
playboy: taklah phone tu saya tak ingat saya letak kat mana kat RUMAH saya nih...
(nampak sangat bukan fakta tetapi hanyalah auta semata2 kan??)

demikianlah drama swasta yang di arahkan oleh si playboy tak bersijil tu..yang sang kekasih menjadi pelakon tambahan sebab si playboy dah jadi pelakon utama dalam drama nih..kira hero lah...hero drama korea!!!
herolah pada sang kekasih yang tak reti nak beza mana yang realiti mana yang fantasi...herolah pada sang kekasih yang aku rasa baru berumur 15 tahun walau pada hakikatnya dah nak masuk senja umurnya....
aduhai....sedarlah sang kekasih dah terang lagi nyata yang diri kau tu dah di gula2kan oleh si playboy dengan gula2 perisa peria katak!!!bukan gula2 perisa stoberi okey???camgitu punya pahit gula2 si playboy bagi pun kau boleh tersenyum lagi...telan jer dengan muka berseri2 tanpa berkerut di dahi??aku rasa kalau budak2 umur 3 tahun kena bagi gula2 sepahit ni pun mesti berkerut dahi nak makan..silap2 terus di buangnya ke tanah...

jadi, moral of the n3 sedarlah wahai sang kekasih...sudah2 lah bermimpi di senja hari nih...sebab aku nih dah kira ala loya2 dengar dan tonton drama korea playboy awak tu....bawak2 la sedar dari mimpi tu sang kekasih sebelum aku tolong sedarkan kau dengan kopi o hangat seteko...kopi cap kapal api tu..melayang kau kang sang kekasih...bangun yer bangun dah nak maghrib nih....dari kau terus bermimpi tu baik kita solat maghrib jemaah sesama yer..ada gak faedahnya....
errrrr...

permisi ya ibu.....


Wednesday, February 16, 2011

dilema...aku terima.....or...


ohhh..no!!!kuuu...di dalam...DILEMA..ohhh..ohhh.. (nyanyi ala2 lagu KRU )
wadushhh...rasanya ni lah yang di nanti2 selama nih..tapi kenapa bila dah betul2 terjadi ku terasa di dalam dilema mau terima atau tak....
ciri2 dah ada baik,caring,beriman,loving...haaa..complete set tu..apa lagi mau Cik Sue???
tapi nape dalam hati ni masih curiga,serba salah nak terima...uishhh..baru aku tau susah rupanya nak buat keputusan yang bakal merubah status yang aku pertahankan selama nih... (keh3...)
dah puas aku pahat dalam pale aku nih takdir dalam kehidupan kita nih tak semuanya sama...semua ini kerana ada sedikit kebimbangan bila melihat banyak perkahwinan yang berakhir dengan tragis...tapi kalau aku say no sekarang, akan datang ada lagikah yang sebegini???weihhh..bisa gugur rambutku memikirkannya..
apa aku mahu??aku sendiri pun tak pasti...adehhh..n3 semua yang bermasalah jer kuar..bila mau kuar n3 gumbira,suka-suki nih??kang muak lak korang baca n3 kat blog aku kan?? (huh,mesti lari tajuk..)

ok,back to the story...aku ada terbaca beberapa fakta ini...

~10 Kesilapan Berkahwin~
1. Berkahwin kerana harta
2. Berkahwin kerana paras rupa
3. Berkahwin kerana perasaan asmara
4. Berkahwin kerana desakan umur
5. Berkahwin kerana ingin membalas jasa
6. Berkahwin kerana kepuasan seks
7. Berkahwin kerana paksaan keluarga
8. Berkahwin kerana pangkat dan populariti
9. Berkahwin kerana perasaan kasihan
10. Berkahwin kerana sahut cabaran teman atau sesiapa sahaja

haa,amacam??korang ada tak dari salah satu fakta nih??aku??errr...kena cakap gak ke??
errr...adalah tapi bukan semua okey...tu pun bukan lah 100% cuma 25% jer kot disebabkan fakta no 4 tu..
wahhh..maluu cheq maluu..ehh,tapi aku belum la masuk lagi dalam golongan yang nak pegang title an****u tu lagi okeyyy... (uishhh..nauzubillah..mintak dijauhkan..)
tapi kalau difikirkan bukan juga kehendak sesiapa kalau dia terpaksa berada dalam kumpulan an****u nih kan..bukan diaorg mintak untuk berada dalam situasi ni...soal jodoh pertemuan nih semuanya di tangan Tuhan.
kita ni sebagai manusia hanya mampu merancang dan yang menentukanya bukanlah kita... 
(cehh..cam betul jer apa aku cakap nih...he3...sori yer kalau tetiba terbuka isu sensitif pulak...)

so aku nih cuma termasuk dalam golongan yang lambat menemui Mr Right...errr...itu tak bermakna aku cuma megimpikan yang perfect jer tapi siapa yang tak nak betul tak??pada aku cukuplah dia boleh aku harapkan untuk menjaga aku di masa aku sakit,menerima aku seadanya aku dan menyayangi aku sehingga akhir nyawa..
ehhh..chop2..dan yang paling penting kenalah ada kerjaya yang mampu menjamin masa depan betul tak?? (errr..korang rasa aku demand sangat ke??tak kan... ^-^)

for the time being,aku memang belum ada apa2 keputusan.. (kalau dah ada pun mana leh share dengan korang lagi...mau kasi suprise skit...he3..)
apapun aku hanya mampu berserah dan berdoa agar aku dipertemukan dengan jawapan untuk setiap persoalan yang bermain kat pale aku nih....uishhh,bukan mudah mau buat keputusan nak tukar status dari 'S' to 'M' tau...yelah dulu2 buat apa semua sorang tapi kalau dah tukar status semuanya kena kongsi berdua..
errr...basuh baju sendiri pun malas apa lagi mau basuh baju dot..dot..dot... (ha3..aku malas skit jer...)
bab masak tu okey la...boleh la dapat diploma... (wahhh...) bukan masuk bakul angkat sendiri tau tapi kalau takat nak kenyangkan perut sendiri dengan perut2 korang sekali pun boleh tau cuma jangan jer mintak aku masak asam pedas nanti jadi balik macam ini...hah..nanti malu cheq...

dan aku suka nak share apa yang aku baca nih dengan korang.....

" prinsip perkahwinan menentukan setiap individu sama ada suami atau isteri mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri yang perlu dilaksanakann usai sahaja sesi akad nikah atau upacara perkahwinan.
Sama saja perkahwinan Muslim atau bukan Muslim, semua atas satu asas : amanah dan tanggungjawab.
Bila terlibat sebagai amanah dan tanggungjawab bererti perkahwinan bukan bahan mainan, bukan juga makmal kajian nak cuba2 sama ada boleh suka atau mampu rasa bahagia. Bila hubungan sebagai suami atau isteri telah sah atau dirasmikan maka menjadi tanggungjawab individu sama ada suami atau isteri untu berusaha menyayangi dan mencintai pasangannya. Perlu diusahakan sepenuh hati, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Malah paling penting, niatkan untuk sayangi dan cintai pasangan. Kalau niat nak cuba, nak kaji dulu memang takkan wujud kasih sayang."

wahhh....gitu kan??tak mudah rupanya nak kahwin nih korang...bukan sekadar nak tunaikan tanggungjawab yang asas jer...ada tanggungjawab yang besar nak kena pikul lepas kahwin tau!!jadi tak salah la kalau aku perlu memikirkan soal ni semasak2 yang mungkin..or maybe sampai rentung kot!!
jadi tungguuuuuu apa keputusan aku yer..mau terima ini.....

*
*
*
*


or............

okeylah, permisi ya pak.........




Sunday, February 13, 2011

obses!!!


apa korang buat kalau ada org yang obses giler kat korang??abaikan??sound jer depan2??ataupun mintak kengkawan tolong sound bagi dia faham??
aduiii..pening gak kepala aku bila memikirkan seseorang yang bagi aku agak psyko nih..kira cam obses sangat la dengan sesuatu yang dia suka tu....
ntah nak buat camner lagi supaya dia nih tak kacau aku lagi...memula niat dia baik jer nak berkawan tapi aku tak sangka pulak sampai jadi obses camnie...actually dah hampir 2 tahun gak la aku kenal encik nih...dan baru dalam setahun nih la sikap obses nya itu makin menjadi-jadi dan membuatkan aku LEMAS!!RIMAS!!
siang,malam,pagi,petang mengganggu hidup aku...tolong lah,aku bukan artis pun yang encik nak obses sangat kat aku...nak kata kaya pun tak gak...tolong lah cuba obses kat menda2 lain..perkara2 lain dan bukannya aku...

maaflah ye sebab sikap encik yang terlampau tu aku terpaksa block encik dari komen,tengok,perhati mau juga membaca apa saje yang aku tulis atau letak kat facebook aku...tu kira tak kejam sangat la lagi...tapi encik sudah lebih...tak dapat kacau aku encik kacau pulak kakak aku...weihhhh!!!tolonglah faham...aku dah cakap elok2 kat encik kan TOLONG JANGAN KACAU AKU!!!mahupun ahli keluarga aku...
camner lagi aku nak buat supaya dia nih faham??aku dah guna cara paling lembut..tapi dia tetap tak faham2..
aku bukan tak nak kawan dengan dia tapi kalau dah terlampau obses aku jadi rimas...lagipun encik patut sedar status encik tu sebagai LAKI ORANG...bak kata pepatah berkawan biar berpada...

tolong lah faham yer encik....saya tak berminat dan tak akan berminat langsung...maaflah kalau kata2 ini agak kurang sopan tapi apa lagi aku mampu buat untuk bagi encik faham...tolong lah yer janganlah menambah kusut dan rimas kat kepala aku nih...nasib gak lah encik nih tak dapat hidu blog aku..agaknya kalau dia dapat hidu blog aku nih mau huru-hara jadinya..dan kesudahannya nanti tak pasal2 terpaksalah aku menjadikan blog aku ni private cam memula dulu...moral of the n3 encik obses sila kurangkan kadar obses dalam diri anda itu...ingat 
ISTERI dan ANAK2 encik yer..kalau encik nak obses pun cuba obses memancing ke,berkebun ke,bercucuk tanam ke,main golf atau apa2 ajer obses yang boleh mendatangkan faedah pada diri encik dan keluarga encik yer...sekian terima kasih...

Saturday, February 12, 2011

gigi owhh gigi...


semalam dah jumpa dentist check apa jadi dengan aku punya gigi...
dari malam membawa ke pagi berdenyut2 rasa di pipi...
ku pujuk2 gigi agar jangan sakit lagi...
namun gigi tidak mengerti....
ku menahan lapor pasal tak boleh mengunyah dengan sempurna lagi...
argghhh,aku tak kira apa nak jadi...
mesti siasat apa penyebab jadi sebegini....
rupanya umbi kat gigi dah membengkak lagi..
aduhai...janganlah kena cabut lagi...org ada 32 btg gigi aku cuma ada 30 btg jer lagi...
aisshhhh...camnie mana boleh jadi....nak kata malas gosok aku gosok gigi 3,4 kali sehari...
eeee....takut kalau gigi aku jadi camnie...


nanti tak pasal2 kena pakai gigi palsu macam keldai ni...



bagus gak keldai ni...ada inisiatif nak cantikkan gigi...
kalau keldai senyum camnie takut ramai yang pengsan nanti...
ehhhh...apa melalut ke situ pulak ni...
gigi owhhh gigi..malam ni janganlah sakit lagi....
dah ku berus berkali-kali, sampai nak abis ubat gigi...
kalau kau sakit lagi,isnin nih kita jumpa dentist lagi....

chiowwwww...mau gosok gigi lagi dan lagi......


sabtu yang penuh nostalgia...

sabtu datang lagi...
tapi minggu nih sikit berbeza..penuh dengan nostalgia....tak macam sabtu2 yang lalu...yang sama pun adalah aku tetap bangun tido bila mentari dah meninggi...keh3....
ok,start my day with Dil To Pagal Hai...perghhh...ni memang nostalgia...peberet aku nih...
layanzzzz ler pe lagi...


credit to TV3 for this movie....
baru ada feel aku nak layan..gelek seh...gelek....ha3... (lari tajuk sudah...)
ok,back to topic...nostalgianya sabtu nih bila terkenang,mengenang,terpandang,memandang album2 gambar masa mude2 dolu... (sekarang pun kategori muda lagi tau...)
nostalgia yang bahagia bersama insan2 yang tersayang dan terpenting dalam hidup aku...bahagia sungguh saat itu...

*
*
*
*

** kenangan bersama arwah abah & mak serta adik-beradik...
indahnya andai masa itu bisa berulang...
*
*
*
*

** zaman muda2 dolu....sweet...i loike.. =D
sungguh aku merindui saat2 ini....
dan yang pasti dulu,kini dan selamanya ia akan tetap kekal di ingatan walau masa makin jauh mmemisahkan aku dari kenangan itu....dan kalian semua amat aku sayanggggggggg...


sayanggg kamooooo...

chiowwww...mau terus mengimbau nostalgia....





Friday, February 11, 2011

selagi tak abis raya....

nilah jadinya selagi tak habis raya...lagi tak sampai Chap Goh Mei...lagi tulah beraya nya...
semuanya perlu beratur, baik dari outdoor themepark sampailah nak ke tandas...mana mau cari tempat yang takde orang kat genting nih??tempat judi takyah nak heran lah..sana-sini manusia...yang paling teruk parking...
*
*
*
*
*

setiap ceruk pelusuk penuh kete....


dan kete...
ramai lagi rupanya kot yang belum pernah jejak kaki kat genting nih... (dalam hati, ye ke?)
jadi pihak pemerintah mau request nih yer..kasik ruang parking banyak skit yer..nih staff asyik terpinggir jer mau parking time2 camnie..di anak tirikan kalau time2 sebegini...tarak adil woooo....
kasi pertimbangan itu request okey para pemerintah...
okey..bye2 n tata...

chioowwww..

Wednesday, February 9, 2011

kau fikirlah....


kau fikirlah...status kau,situasi kau,keluarga kau perlu ke kau bersikap sebegitu??
kau fikirlah kisah silam kau,kisah duka yang kau lalui mesti ke kau lakukan pekara yang sama?? perkara pahit yang kau pernah alami tika dulu,yang menyiksa jiwa mu kini kau lakukan pada kaum senasibmu??
kau fikirlah logik ke kata2 manis yang ditaburi olehnya, boleh dipercayai ke janji2 yang disemai??kau fikirlah berapa lamakah kau mengenalinya sehingga dengan mudah kau mempercayainya??
kau fikirlah baik buruk disebalik semuanya ni...kau fikirlah adakah status kau membuatkan kau menjadi begitu terdesak??kau fikirlah adakah semudah menekan butang delete kau boleh padamkan semua kisah sedih itu dari ingatan kau??kau fikirlah disebalik kejadian itu tidakkah kau merasa serik??

kau fikirlah nasihat2 yang pernah kau dengari dari keluarga2 mu yang menyayangi dirimu..dari keluargamu yang memahami kesusahan,kepayahan,kesedihan yang kau lalui satu ketika dulu...
kau fikirlah siapa yang selalu bersama kau disaat kau berduka dulu??kau fikirlah antara dosa dan pahala...antara keperluan dan kehendak mana yang lebih penting??kau fikirlah apakah cara untuk membahagiakan dirimu..kau fikirlah apa yang patut kau lakukan untuk merubah hidupmu...
bukan keseronokkan untuk diri sendiri yang perlu kau utamakan kini..bukan kepuasan diri yang patut kau penuhi, bukan semua ni yang kau perlukan...carilah gembira yang berkekalan, bahagia yang berpanjangan..
itu yang paling kau perlukan...bukan kata2 dan janji2 palsu itu yang kau perlukan...kau perlukan ruang dalam diri kau...ruang untuk kau berfikir....
kau fikirlah...kerana aku hanya sekadar mampu mengingatkan sebelum kau terlupa....

Tuesday, February 8, 2011

murah rezeki....

fuhhh...arini makcik kayoooo...perghhhh, tak sia2 aku merajinkan diri aku untuk datang kerja arini selepas 1 bulan bercuti...rupa-rupanya mau dapat ini....
*
*
*
*


dan isi didalamnya....

*
*
*
*


waaaahhh....wa sangat2 gumbila ini hali looo...manyak2 ong looo....Gong Xi Fa Cai...Gong Xi Fa Cai...lain tahun kongsi angpow banyak2 sama wa lagi looo.... =D
masyukkk..tak sia2 aku korbankan kemalasan aku nak masuk office pagi tadi...memang dah nyaris2 nak sambung MC jer...kalau sambung jawabnyer melopeh den...teringin pulak nak tanya kat encik boss untung besar ke ini tahun boss??yelah nak di bandingkan dengan tahun2 yang sudah tahun ni bebudak kat office aku termasuk lah dengan aku sekali memang "giler kentang" tu dapat angpow....besar & merah2 belaka...
encik boss camnie lah baru kami sayang...hahaha...sayang la sangat, boss aku kalau nak marah, dia sossah jer semuanyer tak kira dah. cuma Chinese New Year tahun nih jer mood dia happy lain macam sikit..nampak aku masuk office pagi tadi pun senyum lebar jer..baju pulak baju baru tu..merahhh gituuuuu.... (nak dapat anak baru kot??keh3...yang tu takpe lagi jangan dia buang tebiat sudah...)                                         
sedang2 aku & kengkawan bersenang hati senyum sampai ke telinga duk kira angpow, ada pulak yang bermurah hati nak belanja nih...
*
*
*
*

fulllamakkkk...it's finger lickin good tu....marvelous la...
nampaknya Chinese New Year tahun nih bawak rezeki yang murah kat aku & kengkawan...
pakat senyum lebor le masing2 yer...arini kena marah dengan boss pun boleh senyum gak lagi, boleh bergelak ketawa dari pagi membawa ke petang...tapi lain hari kalau muncung tak panjang sedepa bila lepas kena marah tak sah.muka pun start ler tarik muka 14...
jadi hari nih marilah kita pulang dengan hati yang gumbira & bersuka ria ye kengkawan....cuma...........errrr...
jangan esok kita kena marah dari pagi membawak ke petang sudah...
ok chiowwwww....wa mau kila angpow....
hehehehehe.....








Monday, February 7, 2011

alaaaa...comey nyer....

n3 nih aku sajer nak share dengan korang pasal neice aku yang comey nih...
NUR ALISHA QAIRINA
comey kan????eee...geram tengok pipi die...

** comey....i loike... =D


along harap maklum aku dah publishkan anak ko kat sini supaya menjadi bertambah glamer...he3..rasa lepas nih aku nak masukkan si comey alisha nih kat mana2 contest la...sure boleh menang punya lah...
tambah2 kalau dia senyum mengoda tu...paling tak tahan tang lesung pipit dia tu....

** sukenyer die.... =D
mak tam love u lah Alisha.... =))

** sweet little Alisha

muaxxxxsssss...XoXo...


Sunday, February 6, 2011

yang mana satu???

yang mana satu pilihan korang??
caring or too caring??


memang lah kita suka kalau ada orang yang amik berat tentang kitakan??
selalu tanya khabar kita,keadaan kesihatan kita...
tapi pendapat aku kalau dalam sehari tu cukuplah kalau sekali jer kita tanya khabar pada seseorang yang kita ambil berat tu kan??
atau memang mesti ke nak tanya lebih dari sekali??
tak rimas ke orang yang di tanya tu nak jawab soalan korang tu dalam masa sehari sampai 2,3 kali??
pada aku caring tu memang la perlu tapi janganlah keterlaluan sampai tahap "terlalu" dan "terlampau" caring sebab mungkin boleh jadi merimaskan betul tak?? (cakap betul tau!!!)
actually pekara nih jadi kat aku..
patut ke tak korang rasa dalam sehari sampai 3 kali "mr someone" ni duk tanya aku dah makan ke tak...cukup lengkap betul masa dia tanya tu time breakfast,lunch dengan dinner...tapi ada satu yang buat aku musykil time supper takde pulak dia tanya aku ek??
bukan aku tak suka orang yang ambil berat tentang aku,suka memang aku suka tapi berpada2lah kalau keterlaluan sampai camnie aku rasa korang pun surrender betul tak?
lagi satu yang merimaskan aku kalau asyik duk tanya aku buat apa...3 saat sekali dia tanya larat ke aku nak jawab??sekali boleh lah aku kelentong jawab tengok tv..masuk 3,4 kali dia tanya aku buat apa jenuh pulak aku nak cari idea nak jawab soalan dia tu..takkan aku nak masuk tandas pun aku kena hantar laporan kat dia?ajerrr giler ke hape...ishhh...tu bukan caring lagi dah tu...tu dah mereng namanya... 
jadi tolonglah yer "mr someone" caring lah saya pada kadar yang seadanya yer.....

chiowwww...

Saturday, February 5, 2011

genap sebulan...

camner korang rasa agaknya bila nak mula kerja selepas sebulan bercuti??
aissseehhh...mesti macam2 mood ada kan....
rasa macam nak sambung cuti lagi pun ada....
huk3 macamna mau kembalikan mood kerja ku ini???tolong!!!!
dah sebulan aku bercuti ...pasai apa???
ala...cepat betul korang nih lupa...pasal nih laa...klik sini
haaa..pasai tu lah aku cuti sebulan...nih dah nak sampai balik masanya bila aku "terpaksa" mula kerja balik selepas sebulan berbulan madu...(ehhh..terpaksa ek??he3..)
encik bos oo encik bos...boleh saya sambung cuti tak???pleaseeeeeee......
*
*
*
*
*
*
*
*

boleh kan encik bos???


Friday, February 4, 2011

sedetik lebih....

setiap nafas yang dihembus...
setiap degupan jantung...
aku selalu memikirkan mu...
dalam sedar dibuai angan...
dalam tidur dah khayalan..
aku selalu memikirkan mu...
ternyata ku perlukan cinta...
dari dirimu sayang...
barulah terasa....
ku bernyawa...

kasihku....
ku amat mencintai kamu...
kerna kau beri erti hidup...
ku kan terus mencinta...
sedetik lebih selepas selamanya....

dikala penuh ketakutan...
dengan badai kehidupan...
ku bersyukur adanya kamu..
biarlah kehilangan semua...
yang dimiliki didunia...
asal masih adanya kamu...

ternyata ku perlukan cinta...
dari dirimu sayang...
barulah terasa....
ku bernyawa...
kasihku..
ku amat mencintai kamu...
kerna kau beri erti hidup...
ku kan terus mencinta...
sedetik lebih selepas selamanya....

kasihku..
ku amat mencintai kamu...
kerna kau beri erti hidup...
ku kan terus mencinta...
sedetik lebih...
selepas selamanya....


** ku mahu hanya sedetik lebih....selepas selamanya... =D

Thursday, February 3, 2011

temerloh koi....

n3 ini mau citer serba sedikit pasal kampung aku yang makin cemerlang, gemilang dan terbilang ini..
walau dah agak lama tak balik nasib la dapat gak update perkembangan kat kampung aku nih dari **rodong2 kat fesbuk aku tu...fuhhhh...dah makin berkembang pesat kampung aku...
paling latest dah ada jambatan gantung menghubungkan dari Sungai Pahang dengan Sungai Semantan....papalehh...ni yang buat koi tak sabor rase nok balik ni...**ngelinjat rasenyer nok balik...
tak sabor nok niti atas jambatan gantung nih....

** gambar dari Kelab Temerloh Koi..mekasih la yak bagi minjam gambar... =D
perghh..memang tak sangka pulak aku dah nak siap jambatan nih...aku memang plan nak balik bulan 3 nanti, dan rasanya dah boleh la kot aku ** ngetest lalu kat jambatan nih...
weeee...seram pun ada... ** ketor rasenye kaki nak niti kat jambatan nih nanti...
sape2 rase nak ngikut jom lah...boleh la balik ni pulun gulai tempoyak ikan patin sebelanga...
fuhhh...fav aku nih.....

** gambar dari koleksi peribadi...terliur dok tengok gulai tempoyak ikan patin nih??

ni lah jadi trademark kat kampung aku...ikan patin...sebab tu la orang bagi nama 
Temerloh Bandar Ikan Patin..
memang glamer ikan patin kat kampung aku nih...
jadi moh ler kita pakat ramai2 balik Temerloh weihhh...
gulai tempoyak ikan patin, tunggu kepulangan ku.....

chiowwwww....

** kamus dwibahasa:    *rodong = kawan
                                            *ngelinjat = tak sabar
                                  *ngetest = cuba
                                      *ketor = mengigil

~ SELAMAT BELAJAR LOGHAT TEMERLOH YER.. =D ~

Wednesday, February 2, 2011

asam pedas cik sue...



mau tau kisah di sebalik asam pedas yang nampak menyelerakan ini??yang nampaknya seperti hasil tangan pakar masak asam pedas ler kunun...tengok ler gaya kuah asam pedas tu..cam chef jer yang masak... (padahal hampehh tak reti masak asam pedas..)aicehhhh..malu lah mau citer...begini kisahnya bermula...
aku memang suka makan asam pedas...tapi seyes aku cakap kat korang aku memang tak pernah masak asam pedas seumur hidup aku nih...bukan pasal aku malas ke hape ke tapi pasal memang aku cuma boleh dapat C++ jer kalau bab masak asam pedas nih...jadi selama hayat aku nih kalau nak makan asam pedas aku akan makan kat kedai jer atau dengan erti kata yang lain aku suruh orang yang lebih arif tentang asam pedas nih jer yang masak....so,nak di jadikan cerita semalam masa jenjalan kat pasar malam Salak Tinggi dengan my sis tetiba timbulnya idea mau masak asam pedas...ajerrrr giler ko!!!! mimpi apa aku semalam??jadik aku pun beli ler bebahan nyer....so dari malam membawak ke pagi dalam pale hotak hamba hanya terbayang asam pedas pertama yang bakal aku masak... (cesss...sempat lagi berangan2...) maka tika tengah hari menjelma bermula lah operasi "ASAM PEDAS CIK SUE"..pung....pang....kung....kang...bunyi lesung batu berkumandang dari ceruk dapur my sis...sedia bebahan nak tumis asam pedas,ikan pun dah siap siang..pe lagi cepat2 tenggek periuk sakti.....puhhh..puhhhh...sebelum mula masak kasik jampi dulu bagi menjadi....maka bermulalah episod asam pedas nih...tumis punya tumis masuk bebahan bagai nak rak kasi gelegak last sekali rasa...erkkkk...???tak pueh hati rasa lagi sekali...isshhh sama jerk...cedok lagik kasi tiup sampai sejuk gi pulokk hulur kat my sis suruh rasa...

aku: cube ko rasa asam pedas aku nih..
my sis: bak sini...fuhh..fuhhh (tiup sket..kasik sejuk) slurpppp... (sambil angkat kening..)
aku: apasal???tak ok ke???rerasa aku takde lak letak bahan terlarang dalam asam pedas nih...
my sis: awat masam benor????
aku: (dalam ati...ooo tadi bukan angkat kening..kerut kening pasai masam yer cik kak???) haaa..tu lah...apasal masam benor yer???aku rasa aku letak sket jer asam jawa tadi..
my sis:takpe2 ko tambah gula skit kasik hilang itu masam lah... (nasib gak my sis kasik semangat...)
aku: ok...ok..jap aku tambah gula & air skit bagi hilang itu masam...

5 minit selepas itu.....
*
*
*
aku pun rasa lah balik asam pedas masam *papalehhh wei aku tu...adoiiiii....memang failed itu masam tarak kureng la...fikir2 apa mau bikin...aicehhhh...percubaan pertama tak menjadik nih...sekali....ting!!!!! kuar lah idea bodoh dalam pale hotak aku nih...kasik kuar itu ikan sama itu kacang brendi la....angkat itu periuk kemudian itu kuah semua kasik....................................BUANG kita tumis kuah baru....muahahahaha..pandai tak aku????kali nih letak skit jer asam jawa yer Cik Sue....dan alhamdulillah percubaan menumis kali ke 2 nih membuahkan hasil (nasib masak kat ceruk dapur my sis,kalau kat rumah mertua tak ke naye??) itulah yang membayangkan bahawa aku sememangnya "GAGAL" dalam memsak "ASAM PEDAS" korang kasik la aku masak selain "ASAM PEDAS" nih takpe aku boleh buat tapi tolong lah jangan mintak ini lauk ini yer... (dalam ati,mau cari calon suami yang tak suka makan asam pedas lah...) moral of the entry jangan nak dok gatai2 fikir mau masak "ASAM PEDAS" lagi yer Cik Sue...maluuu...cheq nak habaq.....maluuuuu.....

chowww dengan muka merah padam tahan maluuuuuuuuu....

nota: *papalehhh = loghat org temerloh maksudnya lebih kurang cam bapok la masam nyer weii...he3






nasi ambeng...

semalam aku singgah kat pasar malam kat area Salak Tinggi nih...kat rumah my sis ler...
jalan punya jalan punya jalan..sekali terpandang sesuatu yang menawan mata ku ini...
tadaaaaa....ini dia..
*
*
*
*
** ni lah dia NASI AMBENG...

ni lah dia yang menawan mata dan juga seleraku petang semalam...NASI AMBENG
1 bungkus 5 henggit sahaja yer...1st time aku nak rasa nih...sedap ke???
makan pulak di ambeng sore...pasti akan membuatkan anda berada di ambeng kekenyangan sebab nasinya memang banyak giler...he3
burpppp...alhamdulillah..konyang eden... (rasanya dari 5 bintang aku kasik 3 bintang lah...kira memenuhi selera aku gak la skit2...)
chiooowwww....


Tuesday, February 1, 2011

aku @ Le Tour De Shopping...

Setelah sekian lama aku memerap jer kat rumah maka berakhir lah proses "berpantang" menjejakkan kaki untuk berjalan2 selepas aku operation aritu...
so kira arini aku lepas gian sebab aku dah dekat 4 minggu asyik berkurung kat rumah jer.....
yabedabedu!!!!MERDEKA!!! (laungkan sebanyak mana yang terdaya..)
maka destinasi yang menjadi pilihan aku adalah jalan TAR..bersama kakakku terchenta, Mas Saari
kunun2 malam sebelum kejadian perancangan aku n my sista begini...

aku: ehh,sok jadi ke tak ni nak pi jalan TAR??
kak mas: jadi kot....
aku: pukul berapa nak pi?
kak mas: pukul 9 @ 10 lah..
aku: mak aihhhh..pagi tu...
kak mas: yelah pi pagi leh balik awal skit..nanti pi lewat balik pun lewat gak..
aku: ooo..ok lah....(terus lah aku masuk tido...siap kunci jam pukul 7am tu...punya takut terlajak..)

pagi td jam pun bunyi lah pukul 7 am...aku tutup pastu ingat nak lena kejap jer lagi sekali terlena smpai pukul 10am woooo....ammmmaaaa!!!! (tepuk dahi!!)
apa nak kata melompat dari katil mandi,siap2,breakfast segala bagai, lebih kurang pukul 11am kitaorg pun gerak la dari rumah menuju ke stesen ERL Salak Tinggi..(tak bawak kete pasal takut jalan jem..tau2 jer la kan cuti Hari Wilayah ni) so share skit pic masa tengah tunggu & dalam ERL....

** pic aku n my sis masa tengah tunggu ERL & dalam ERL...tomeyy kan??kan??hik3..
ok sambung balik story, so lebih kurang pukul 1pm kitaorg sampai kat jalan TAR...so misi utama kami sebenarnya nak cari shawl..
tu yang menjadi kegilaan aku n my sis sekarang..takde cite lain asyik cite pasal shawl jer..pantang gi pasar malam mesti shawl yang kitaorang cari dulu...
so pic tentang shawl yang kami gilerkan tu korang boleh la klik sini tgk kat blog my sis je yer..
pergh..memang banyak giler shawl yang cantik2...memang naik giler la aku n my sis tengok shawl tu semua...
so boleh dikatakan banyak la jugak yang kami borong...
tengah duk syok2 borong sekali baru teringat arini final Le Tour De Langkawi..
so sempatlah kami tengok final tu secara live...pastu terjumpa pulak Zamarul Hisham, Norman Hakim & Diana Rafar tengah duk shooting kat Masjid India... (share gak skit pic ni dengan korang..)

** antara pic sempat aku snap....
dah habis tengok LTDL tu kami sambung balik shopping sampai lah rasa nak bertaubat dah...maunya tak taubat semua shawl yang kami tengok buat kami jadi tak betul kejap..apa taknya semua cantik2 belaka...
tengah duk jalan2 terjumpa pulak 1 kedai handbag..mak aihhh...cantik2 la puloksss....
ingat nak tengok2 jer sekali terbeli daaa....
*
*

cantik tak??? ARICA handbag ni unik skit...bukan buat dari leather tapi buat dari benang yang di sulam..yang kait pun ada...texstur dia lembut sangat..harga pun kira berpatutan la gak..siap ada diskaun 20% tu...memang puas hati kalau beli... (hehehe..siap promosi tu..)
haaa...tu jerlah serba sikit Le Tour yang aku buat sempena Hari Wilayah arini...
memang *puehh ati den...apapun thanks to my sis sebab buatkan plan berjimba kita menjadik arini...
so besok punyer plan ke I-City pulokkss...
wait & see....

chow chin chowwww...

upsss..upsss...
lupe puloksss...sempat gak beli my fav perfume tadi...
tadaaaaaa....

** i loike... =D

okeyy chowww....